Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH sedang bincang bersama AstraZeneca potensi beli ubat rawat Covid-19

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang dalam perbincangan lanjut dengan firma farmaseutikal dan bioteknologi berbilang negara (MNC) AstraZeneca mengenai potensi membeli ubat antibodi bagi rawatan Covid-19.



MOH menjelaskan semalam, dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, bahawa ia menjejak secara rapi kemajuan beberapa ubat antibodi terapeutik Covid-19 yang sedang dibangunkan secara global.



Bagaimanapun, MOH enggan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perbincangan itu atas alasan ia sensitif dari segi komersial dan MOH terikat kepada perjanjian kerahsiaan.



Respons ini diberi menyusuli hasil ujian koktel ubat AstraZeneca yang dikeluarkan syarikat itu kelmarin, yang menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko pesakit mendapat penyakit teruk atau mati hingga 88 peratus apabila diberi dalam tempoh tiga hari sebelum timbul tanda penyakit.



Koktel itu, AZD7442, terdiri daripada dua antibodi yang diperolehi daripada sel B pengeluar antibodi yang disalur pesakit Covid-19 yang kian sembuh atau sedang sembuh. Kedua-dua antibodi telah diubah suai bagi menyediakan perlindungan panjang hingga setahun bagi mereka yang menerimanya sebagai rawatan, dan sekitar enam bulan buat mereka yang menerimanya bagi pencegahan.



Ujian klinikal melibatkan pesakit Covid-19 ringan hingga sederhana, dengan sekitar 90 peratus daripada mereka mempunyai masalah kesihatan lain, seperti barah atau kencing manis, lantas dalam risiko tinggi mengalami penyakit teruk.



Dikenali sebagai Tackle, ujian itu melibatkan lebih 900 peserta rentas 13 negara.



AstraZeneca, yang vaksin Covid-19nya digunakan secara meluas di dunia, mengemukakan permintaan pada 5 Oktober lalu kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi Pemberian Kuasa Penggunaan Kecemasan AZD7442 sebagai rawatan pencegahan.



AstraZeneca telah bersetuju membekalkan pemerintah Amerika 700,000 dos AZD7442 jika kebenaran diberi.



Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal Regeneron Pharmaceuticals dan GlaxoSmithKline (GSK) juga telah membangun terapi serupa berupa antobodi monoklonal bagi merawat Covid-19 ringan hingga sederhana. Antibodi monoklonal adalah ubat yang dihasilkan di makmal dan meniru peranan antibodi dalam melawan virus Sars-CoV-2.



Regeneron berkata pada 8 November bahawa koktel antibodi boleh mengurangkan risiko mendapat Covid-19 sebanyak 81.6 peratus dalam tempoh dua hingga lapan bulan menyusuli pengambilan ubat itu, berdasarkan ujian peringkat lewatnya.



Ubat antibodi GSK sotrovimb yang dibangunkan bersama Vir pula menunjukkan pengurangan risiko dimasukkan ke hospital dan kematian sebanyak 79 peratus. Kedua-dua ubat telah diluluskan secara sementara oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di bawah Laluan Akses Khas Pandemik bagi merawat Covid-19 ringan hingga sederhana pesakit berisiko mengalami jangkitan teruk.



Singapura telah menandatangani perjanjian bekalan bersama Merck bagi pil antiviral yang boleh mengurangkan separuh kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan pesakit berisiko menghidap penyakit teruk.



Merck, yang dikenali sebagai MSD di luar Amerika dan Canada, serta rakan kerjasama Ridgeback Biotherapeutics akan mengirimkan data ubatnya kepada HSA untuk dinilai penggunaannya di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >