Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH sedia 100 mesin layan diri, permudah warga uji kesan Covid-19

Sep 17, 2021 | 08:30 PM



SEBANYAK 100 mesin layan diri akan disediakan di 56 lokasi di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai mengambil kit ujian pantas antigen (ART).



Mesin-mesin itu dapat digunakan bermula esok (18 Sept).



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), individu yang diberitahu tentang status Amaran Risiko Kesihatan (HRW) atau Pemberitahuan Risiko Kesihatan (HRA) oleh MOH melalui teks pesanan ringkas SMS akan juga menerima arahan mengenai rejim ujian kerap yang mesti mereka ikuti.



Bermula 18 September 2021, individu yang menerima pemberitahuan SMS HRA harus melakukan ujian ART yang dikendalikan sendiri pada hari pertama, ketiga dan kelima dari hari pendedahan terakhir mereka dengan kes Covid-19, dan memantau kesihatan mereka sehingga hari kesepuluh pendedahan.



MOH menambah bermula esok, Pemulihan di Rumah akan menjadi pilihan pengurusan penjagaan pertama bagi individu yang memenuhi syarat-syarat berikut:

- Sudah divaksinasi sepenuhnya

- Berusia antara 12 dengan 69 tahun

- Tiada penyakit teruk lain

- Boleh mengasingkan diri di dalam bilik, jika boleh bilik tersebut mempunyai tandas

- Tidak mempunyai anggota rumah lain yang berusia lebih 80 tahun atau merupakan mereka yang lebih terdedah, misalnya wanita hamil.



Individu yang diuji positif Covid-19 dan memenuhi syarat-syarat tersebut boleh berpulih di rumah tanpa perlu dibawa ke hospital atau kemudahan penjagaan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >