Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH semak kiraan kes Covid-19 dalam masyarakat ke 9; pekerja pembersihan di Ion Orchard antara kes tidak berkait

Jun 13, 2021 | 09:30 AM



SEORANG wanita berusia 45 tahun yang bekerja dengan Hong Ye Group sebagai pekerja pembersihan di Ion Orchard adalah satu daripada lima kes tidak berkait di antara sembilan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat baru yang dilaporkan pada Sabtu (12 Jun).



Warga China itu tidak menunjukkan simptom, dan jangkitannya dikesan apabila beliau menjalani ujian Covid-19 atas arahan majikannya pada Jumaat.


Keputusan ujiannya disahkan positif pada hari sama. Keputusan ujian serologi belum diterima.


Pekerja pembersihan dari Hong Ye Group juga dikaitkan dengan kes-kes Covid-19 terdahulu di Changi Business Park.


Ion Orchard telah ditutup sejak Sabtu bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah beberapa kes dikaitkan dengan pusat beli-belah itu.


Ia akan dibuka semula pada 7 pagi pada Rabu.


Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu juga menyemak kiraan kes dalam masyarakatnya dari 12 ke sembilan, kerana tiga kes disahkan negatif setelah ujian lanjut dilakukan.


Satu lagi kes tidak berkait melibatkan pelajar di SIM Global Education yang berusia 18 tahun.


Beliau kali terakhir ke sekolah pada 24 Mei. Beliau mengalami selesema dan demam pada Khamis dan mendapatkan rawatan perubatan keesokan harinya dan disahkan positif.


Seorang lelaki warga Singapura berusia 68 tahun yang telah mendapatkan kedua-dua dos vaksin juga merupakan antara kes yang tidak berkait.


Beliau bekerja sebagai tukang kebun lanskap di sebuah syarikat bernama Amozonia Landscape dan mengalami selesema dan batuk pada Selasa.


Beliau mendapatkan rawatan perubatan pada Jumaat dan disahkan positif.


Baki dua kes yang tidak berkait melibatkan pembantu rumah berusia 27 tahun dari Myanmar, dan lelaki Malaysia berusia 57 tahun yang bekerja di Pelabuhan Jurong. Beliau tidak menunjukkan simptom dan jangkitannya dikesan sebagai sebahagian rejim ujian rutin.


Salah satu daripada empat kes berkait - seorang wanita warga Singapura berusia 82 tahun - dikesan melalui pengawasan.


Beliau selalu membantu di kedai runcit di Pusat Penjaja dan Pasar 115 Bukit Merah View.


Terdapat juga sembilan kes yang diimport.


Enam daripadanya adalah warga Singapura dan tiga lagi adalah penduduk tetap.


Tidak ada kes baru di asrama pekerja.


Sementara itu, lagi 125 kes masih dirawat di hospital, dengan satu di unit jagaan rapi.


Lagi 266 kes diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat.


Sebanyak 34 kematian telah dilaporkan akibat komplikasi Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >