Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH siasat kes lelaki S'pura sesak nafas tapi tidak maklumkan tanda jangkitan di Imigresen

Nov 19, 2020 | 11:44 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) menggesa setiap orang agar terus mengamalkan tanggungjawab sosial dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.



Gesaan itu dibuat MOH dalam kenyataannya pada Khamis malam (19 November) selepas satu kes import jangkitan Covid-19 baru mengaku tidak memiliki sebarang tanda jangkitan penyakit tersebut termasuk sesak nafas dalam borang pengesahan kesihatan yang diberi kepada pihak imigresen pada 17 November.



Namun, individu yang merupakan lelaki Singapura berusia 68 tahun dengan sejarah perjalanan dari Indonesia itu dikatakan mengalami kesesakan nafas sejak 11 November tetapi tidak mengesahkan keadaannya itu kepada pihak imigresen.



MOH menambah siasatan kini sedang dijalankan bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran ketetapan kembara. 



Sebanyak empat kes import jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti MOH pada Khamis. Tiada jangkitan tempatan dikesan.



Selain lelaki Singapura itu, satu kes melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang memiliki sejarah perjalanan dari India.



Satu kes pula adalah pemegang permit kerja dengan sejarah perjalanan dari Indonesia.



Baki satu kes lagi adalah pemegang pas khas dan kru kapal yang memiliki sejarah perjalanan dari Montenegro untuk menaiki kapal yang berlabuh di Singapura. 



Semua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 dalam tempoh SHN.



Sebanyak enam kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sementara itu, 28 kes masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. 



Salah seorang daripada mereka, bagaimanapun, dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 31 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >