Subuh
5:46
Syuruk
7:03
Zuhur
1:08
Asar
4:18
Maghrib
7:11
Isyak
8:20
Setempat

KORONAVIRUS

MOH tawar lebih 600 klinik privet rawat pesakit hadapi gejala pernafasan

Kesemua klinik ini membolehkan pesakit terima rawatan, ubat bersubsidi mulai semalam; langkah terbaru pemerintah tangani wabak Covid-19

Feb 19, 2020 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengaktifkan lebih 600 klinik privet setempat agar mereka yang mengalami gejala pernafasan boleh menerima rawatan dan ubat bersubsidi bermula semalam.

Ini adalah langkah terbaru pemerintah bagi menangani wabak Covid-19, menurut laporan The Straits Times semalam.

Klinik-klinik ini adalah sebahagian daripada rangkaian MOH dari 900 Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang digunakan untuk menangani situasi ini, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong kelmarin.

Klinik yang diaktifkan semalam terdapat di semua estet Lembaga Perumahan (HDB) utama seperti Ang Mo Kio, Tampines, Woodlands dan Jurong.

Warga negara dan penduduk tetap akan membayar kadar rata $10 untuk konsultasi dan rawatan di klinik-klink ini, sementara generasi Perintis dan Merdeka Singapura hanya perlu membayar $5.

Rangakaian Klinik PHPC termasuk 20 poliklinik, yang sebelum ini di gunakan untuk menangani jerebu dan pandemik H1N1, sudah biasa dengan protokol penjagaan yang sesuai mengikut risiko dan diagnosis yang diberi kepada setiap pesakit.

Menurut MOH, dengan mengaktifkan PHPC dan poliklinik, ia akan membantu mereka dalam mengesan pesakit lebih awal dan mengurangkan risiko penularan selanjutnya.

Kakitangan di klinik-klinik tersebut ini akan dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri.

Doktor di semua klinik, walaupun mereka yang tidak diaktifkan sebagai PHPC, dimaklumkan untuk memberi sijil perubatan (MC) selama lima hari kepada pesakit yang mengalami simptom penyakit pernafasan untuk memastikan mereka menjauhkan diri daripada masyarakat dan mengasingkan ke koronavirus yang asli daripada mereka yang mempunyai penyakit lain.

Mereka yang tidak pulih dalam jangka masa lima hari akan dirujuk kepada pihak lain bagi ujian dan jagaan lanjut.

Untuk maklumat lanjut tentang klinik PHPC, sila lungsuri https://www.flugowhere.gov.sg/.

Klinik-klinik yang di aktifkan sebagai klinik PHPC juga akan mempunyai pelekat (decal) PHPC yang akan dilekatkan di klinik mereka.