Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CACAR MONYET DIISYTIHAR KEADAAN DARURAT KESIHATAN SEJAGAT

MOH tidak usul vaksinasi besar-besaran: Ye Kung

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



MEMANDANGKAN sifat penyakit cacar monyet yang mengehadkan diri, Kementerian Kesihatan (MOH) buat masa ini tidak mengesyorkan vaksinasi besar-besaran ke atas seluruh penduduk terhadap virus itu, kerana faedahnya tidak melebihi risiko.



Demikian dinyatakan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai satu kecemasan kesihatan sejagat dan selepas MOH melaporkan dua lagi kes cacar monyet di Singapura.



Dua kes baru itu melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun dari Estonia dan seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun.



Ini menjadikan jumlah lapan kes cacar monyet yang dikesan di Singapura sejauh ini, terdiri daripada empat kes setempat dan empat kes import.



Kesemua kes didapati tidak berkait dengan satu sama lain.



MOH dalam kemas kini di laman webnya berkata lelaki dari Estonia itu tiba di Singapura dari London pada 21 Julai lalu.



Beliau disahkan positif cacar monyet kelmarin setelah mengalami ruam kulit di bahagian kelangkang, demam dan bengkak nodus limfa.



Warga Singapura itu pula mengalami ruam kulit di kelangkang dan bahagian lain badannya. Beliau juga disahkan positif kelmarin.



Kedua-dua mereka dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan berada dalam keadaan stabil.



WHO Sabtu lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai satu kecemasan kesihatan global dengan lebih 16,000 kes yang disahkan di lebih 70 negara dan wilayah serata dunia.



Ia adalah seruan tindakan paling kuat yang boleh dibuat oleh pertubuhan sejagat itu, petanda skala dan perlunya mengambil tindakan segera bagi penyakit yang sebelum ini rata-rata ditemui di Afrika barat dan tengah.



Covid-19 diberi label yang sama pada 2020.



Menurut laporan The Straits Times, MOH berkata Singapura telah melaksanakan kebanyakan langkah membendung penularan cacar monyet yang disarankan WHO sejak Mei lalu.



Ini termasuk protokol bagi mengasingkan kes yang disahkan dan mengkuarantin kontak rapat selama 21 hari selepas pendedahan kepada orang yang dijangkiti virus itu.



Kontak berisiko rendah juga dipantau melalui telefon selama 21 hari, tempoh inkubasi maksimum bagi virus itu.



MOH berkata sistem penjagaan kesihatan di sini mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk menguji, mendiagnosis dan merawat jangkitan cacar monyet dengan berkesan.



Ia juga telah mendampingi mereka yang lebih berisiko, yang kajian mendapati rata-rata adalah lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki.



Dalam kiriman Facebooknya semalam, Encik Ong berkata setiap kes cacar monyet rata-rata menjana tiga hingga empat kontak rapat yang memerlukan kuarantin.



Ini berbeza dengan Covid-19 yang boleh menjana hingga 20 arahan kuarantin.



Beliau menambah MOH akan terus memantau keadaan itu dengan teliti. - NUR DHUHA ESOOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >