Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MOH tinjau kongsi kos uji embrio bagi rawatan IVF

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



KOS terus menjadi antara cabaran bagi individu yang ingin menguji embrio mereka bagi kromosom yang tidak normal sebelum embrio itu dimasukkan ke dalam rahim bagi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).



Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam berkata pemerintah akan terus memantau keberkesanan klinikal ujian yang dikenali sebagai Ujian Genetik Pra-Pengimplanan (PGS) itu.



Tambahnya, Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan meninjau pilihan untuk berkongsi bersama kos PGS itu bagi pesakit yang ingin menyertai satu kajian berhubungnya tetapi mempunyai keprihatinan dari segi kemampuan.



Cik Rahayu berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) tentang PGS di Parlimen semalam.



Encik Ng antara lain ingin tahu kos purata yang dikenakan untuk menyertai program perintis bagi PGS itu dan sama ada MOH boleh mempertimbang memberi subsidi penuh bagi kosnya supaya lebih ramai pesakit boleh menyertai kajian perintis tersebut.



Cik Rahayu berkata seramai 367 pesakit direkrut bagi kajian PGS itu, lebih ramai berbanding sejumlah 300 pesakit yang disasarkan.



Tambahnya, MOH akan terus mengkaji data dari luar negara serta mengumpulkan data daripada kes di sini.



"Sekiranya PGS ditawarkan sebagai khidmat penjagaan kesihatan lazim, ujian itu akan dinilai bagi subsidi mengikut kemampuan (pesakit)," ujar beliau.



MOH telah memperuntuk sejumlah $1.7 juta bagi program perintis PGS itu untuk menyokong tenaga manusia dan operasi di makmal PGS serta separuh daripada kos bahan yang digunakan bagi ujian tersebut.



Hasilnya, pesakit yang menyertai program itu hanya dikenakan baki kos bahan yang digunakan dalam PGS yang mencapai $1,100 bagi setiap ujian secara purata serta kos biopsi embrio untuk mengeluarkan sel bagi ujian tersebut, yang kosnya antara $2,500 dan $4,500.



PGS dijalankan bersama IVF.



Bagi IVF, Cik Rahayu berkata pesakit boleh menerima bantuan pemerintah menerusi skim pembiayaan bersama Teknologi Kehamilan Dibantu (ART) selain memanfaatkan MediSave mereka.



Di bawah program perintis MOH bagi PGS itu, matlamatnya ialah untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF bagi golongan wanita tertentu yang mempunyai risiko lebih tinggi bagi embrio dengan kromosom yang tidak normal.



Kaum Hawa yang berusia 35 tahun dan ke atas, mengalami kegagalan pengimplanan dua kali atau lebih secara berulang, atau pernah keguguran dua kali atau lebih layak menjalani PGS.



Menurut Cik Rahayu, kriteria itu dibangunkan dengan rujukan kepada bukti antarabangsa dan sejajar dengan amalan klinikal di pusat kehamilan dibantu di luar negara.



Tambahnya, PGS merupakan prosedur yang rumit dengan risiko termasuk kerosakan kepada embrio semasa biopsi, yang boleh menjejas pembangunannya.



Oleh itu, ia harus dikhususkan buat wanita yang memenuhi kriteria kelayakan itu sahaja.




"Sekiranya Ujian Genetik Pra-Pengimplanan (PGS) ditawarkan sebagai khidmat penjagaan kesihatan lazim, ujian itu akan dinilai bagi subsidi mengikut kemampuan (pesakit)."
- Setiausaha Parlimen Kesihatan Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >