Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Tudung dibenar dalam kebanyakan situasi

Garis pandu sedang dilakar ambil kira jika ada situasi timbul risiko
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



JURURAWAT Muslim yang memilih untuk memakai tudung di tempat kerja bermula November boleh memakai tudung dalam kebanyakan keadaan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Tetapi mereka mungkin tidak boleh melakukan demikian apabila terdapat risiko kepada keselamatan mereka, seperti apabila sikap pesakit sukar diduga.



MOH berkata terdapat garis panduan yang akan menggariskan "pendekatan berdasarkan risiko" terhadap pemakaian tudung, yang telah pun dihasilkan hasil konsultasi dengan beberapa pakar untuk memastikan keselamatan, kata MOH.



Bagi kebanyakan sekitaran dalam jagaan kesihatan, kakitangan boleh memakai tudung yang dimasukkan dalam pakaian kerja mereka untuk mengelakkan fabrik daripada terkena pesakit, kata MOH, sebagai respons kepada pertanyaan media.



Tetapi dalam sesetengah sekitaran di mana peraturan kawalan jangkitan adalah lebih ketat, seperti bilik pembedahan, pemakaian tudung sekali guna yang boleh dipakai buang, boleh digunakan, tambah pihak kementerian.



"Dalam suasana atau situasi lebih khusus di mana terdapat risiko lebih tinggi terhadap sikap pesakit yang sukar diramalkan seperti menarik tudung dengan cara yang boleh menjejas keselamatan kakitangan, pemakaian tudung mungkin tidak boleh dibenarkan demi keselamatan pekerja jagaan kesihatan," kata MOH.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengumumkan keputusan pemerintah untuk membenarkan tudung dipakai jururawat dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaannya Ahad lalu, yang dibuat selepas konsultasi dan perbincangan antara masyarakat selama beberapa tahun.



Selepas ucapan PM Lee itu, MOH berkata bahawa dasar yang disemak itu akan menjejas lebih 7,000 kakitangan.



Kod pakaian seragam yang terkini juga akan berdasarkan garis panduan yang dibangunkan jawatankuasa pemandu dan panel penasihat.



Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam, berkata perbincangan berkaitan cara melaksanakan perubahan dasar pakaian seragam jururawat itu telah bermula dan kini masih dijalankan.



Konsultasi meluas telah dijalankan dari April hingga Ogos tahun ini dengan pakar penyakit berjangkit, pemimpin jururawat serta masyarakat Muslim dan pemimpin kesatuan.



MOH berkata garis panduan klinik telah dibangunkan dengan konsultasi pakai penyakit berjangkit berdasarkan tulisan dan amalan luar negara yang telah disemak.



Ini bagi memastikan bahawa prosedur perubatan sensitif dapat dijalankan dengan selamat.



"Garis panduan klinikal menunjukkan pendekatan berdasarkan risiko terhadap pemakaian tudung berdasarkan sekitaran klinikal," kata MOH.



Garis panduan pelaksanaan itu akan memberikan penjelasan terhadap warna tudung yang dibenarkan dan bagaimana ia harus dipakai untuk memastikan penampilan kakitangan seragam tampak konsisten.



Sebagai persiapan bagi perubahan tersebut, Cik Rahayu berkata perbincangan mengenai perubahan ini sebenarnya telah dimulakan pada tempoh yang lebih awal.



"Dari awal apabila kita memulakan perbincangan ini, ia adalah untuk memahami pandangan mereka dan apa yang mereka rasakan mengenai hal itu serta bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam situasi-situasi yang tertentu di tempat kerja mereka," katanya dalam satu wawancara dengan media Melayu.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >