MOH umum langkah kawalan lebih ketat
Pusat hiburan, pusat tuisyen ditutup hingga 30 Apr dan acara tak harus lebih 10 orang
Mar 25, 2020 | 05:30 AM
SEMUA pawagam dan tempat hiburan lain, seperti bar, kelab malam, pusat karaoke dan teater, akan ditutup mulai 11.59 malam esok hingga 30 April. Langkah itu diperkenal sedang 49 kes baru koronavirus Covid-19 dilaporkan semalam.
Semua tuisyen dan kelas pengayaan yang diadakan di pusat juga digantung bagi mengurangkan pelajar dari sekolah berbeza bercampur di tempat sama.