Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Setempat

MOH umum pertambahan 544 kes baharu Covid-19

Jun 02, 2020 | 03:16 PM

SEJUMLAH 544 kes baharu jangkitan koronavirus direkodkan sehingga 12 tengah hari ini.

Ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 35,836 kes setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) sebahagian besar kes yang direkodkan sepanjang 24 jam lalu melibatkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.

"Berdasarkan siasatan kami sejauh ini, terdapat empat kes dalam masyarakat, di mana seorang adalah warga Singapura atau Penduduk tetap, dan tiga lagi adalah pemegang Pas Kerja," kata MOH dalam kenyataan mereka.

MOH akan memberikan butiran lanjut malam nanti.

Sejauh ini 24 orang telah terkorban akibat Covid-19.

Sembilan lain telah disahkan positif Covid-19 tetapi meninggal dunia atas sebab lain.

Lebih 22,400 pesakit telah disahkan pulih dari penyakit tersebut.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian