Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mohon percepat dapat pasport 'online' mulai esok

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



RAYUAN untuk percepat dapatkan pasport hanya boleh dilakukan secara dalam talian mulai esok, setelah Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyemak prosesnya.



Berhubung permohonan pasport, hanya pemohon yang mahu mengambil pasport sudah siap, menghantar dokumen sokongan, atau menghantar semula gambar akan dibenarkan masuk ke bangunan ICA di Kallang Road mulai esok.



Dalam satu kenyataan semalam, ICA berkata lebih 5,000 pasport kini dikeluarkan setiap hari, tiga kali ganda berbanding sebelum Covid-19 pada 2019.



Lebih ramai pegawai telah dikerah untuk memproses dan menghasilkan pasport, menyusuli permohonan yang melonjak sejak Mac.



Bilangan pengunjung ke Bangunan ICA juga telah meningkat.



"Ini mengakibatkan ramai beratur di Bangunan ICA, dan ini memerlukan tambahan pegawai ICA bagi menguruskannya," kata ICA.



Dengan semakan proses itu, sumber yang digunakan untuk mengurus kesesakan dan permintaan di bangunan itu akan dikerah semula untuk memproses dan mengeluarkan pasport, kata ICA lagi.



Pemohon mesti menunjukkan dokumen yang relevan sebelum dibenarkan masuk ke Bangunan ICA.



Selain itu, pemohon pasport yang perlu mengambil pasport mereka di Bangunan ICA dinasihati pergi berseorangan untuk mengurangkan kesesakan, kecuali kanak-kanak, warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan khas.



Pemohon yang layak juga digalak mengambil pasport dari satu daripada 27 pejabat pos. Tiada bayaran tambahan bagi pengambilan pasport di pejabat pos.



Pemohon yang perlu keluar negara secara mendesak, mereka boleh menghantar rayuan untuk mempercepat proses pengeluaran pasport di laman https://go.gov.sg/passportrequest.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >