Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mohon saksi nahas basikal tampil

May 26, 2018 | 05:30 AM



SEORANG penunggang basikal cedera parah dalam kemalangan dengan lori sampah dekat Toa Payoh Rabu lalu.



Anak mangsa membuat rayuan di Facebook bagi memohon saksi nahas itu supaya tampil.



Polis berkata mereka diberitahu mengenai nahas melibatkan lori dan basikal di lorong antara blok menuju Blok 155 Lorong 1 Toa Payoh itu sekitar 8.40 pagi.



Penunggang basikal itu, lelaki Melayu berusia 49 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan sedar apabila dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.



Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa lori sampah itu sedang membelok apabila nahas tersebut berlaku.



Kelmarin, anak penunggang basikal itu yang dikenali sebagai Cik Nur Raudhah membuat rayuan menerusi Facebook agar saksi kejadian tersebut tampil.



Dalam pos Facebooknya, beliau berkata bapanya kini bertarung nyawa.



Ini disebabkan "banyak tulang rusuknya patah dan kecederaan dialami pada kedua-dua belah tubuh dan paru-parunya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >