Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM akan beri lebih sokongan kepada majikan, pekerja 3 sektor

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) memperkenal beberapa langkah baru untuk faedah majikan dan mempermudah usaha mengekalkan pemegang permit kerja dalam sektor binaan, limbungan marin dan proses (CMP).



Langkah baru itu termasuk melanjutkan skim mengekalkan pekerja dalam sektor binaan kepada sektor limbungan marin dan proses, dan menyesuaikan proses penukaran majikan (COE) tanpa tempoh persetujuan bagi pemegang permit kerja dalam sektor CMP, kata MOM kelmarin.



Dalam usaha membantu majikan dalam sektor limbungan marin dan proses yang menghadapi cabaran kekurangan tenaga kerja, MOM kini bekerjasama dengan Persatuan Industri Marin Singapura (ASMI) dan Persatuan Industri Proses (ASPRI) untuk melanjutkan skim mengekalkan pekerja dalam dua sektor itu.



Di bawah skim itu, pekerja yang khidmatnya ditamatkan dan mahu terus bekerja di Singapura akan dimasukkan ke dalam skim itu dan persatuan yang terlibat akan membantu memadankan pekerja dengan majikan yang memerlukan tenaga kerja tambahan.



Persatuan itu juga akan menjadi pengantara bagi memastikan proses pemindahan telus dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.



Sebanyak 52 syarikat telah meraih manfaat daripada skim itu yang diperkenalkan pada 1 September dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Singapura (SCAL) untuk mengekalkan pekerja dan membantu syarikat sektor binaan memenuhi keperluan tenaga kerja.



"Ini telah membantu menyederhanakan aliran keluar pekerja dalam sektor binaan di tengah-tengah kemasukan terhad pekerja baru disebabkan kawalan sempadan Covid19," kata MOM dalam kenyataannya, sambil menambah skim itu akan dilaksanakan sehingga 28 Februari 2022 bagi sektor binaan.



Butiran lanjut skim itu bagi sektor pelabuhan marin dan proses pula akan dikongsi kelak.



Dalam pada itu, COE tanpa tempoh persetujuan bagi pemegang permit kerja dalam sektor CMP akan ditukar kepada hujung kontrak demi menangani keperluan majikan dan pekerja dengan lebih baik.



Buat masa ini, bakal majikan boleh mengambil bekerja pemegang permit kerja tanpa persetujuan majikan asal dalam tempoh 21 hingga 40 hari sebelum permit kerja mereka tamat.



Memandang ke depan, pekerja akan kekal bekerja dengan majikan asal mereka sehingga tarikh tamat permit kerja.



"Selepas itu, permit kerja boleh dilanjutkan bagi tempoh 30 hari, tertakluk pada persetujuan bersama antara pemegang permit kerja dan majikannya.



"Pemegang permit kerja boleh menggunakan tempoh 30 hari ini untuk mencari majikan lain tanpa perlu mendapat persetujuan majikan asal. Majikan juga dapat mengekalkan pekerja dalam pekerjaan bagi sehingga 30 hari," kata MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >