Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM akan semak rangka kerja cegah majikan diskriminasi warga S'pura

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



LANGKAH bagi memastikan majikan tidak mendiskriminasi terhadap pekerja warga Singapura dengan mengambil warga asing bekerja akan dikemaskini tahun ini.



Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo mengumumkan rancangan untuk mengemaskini Rangka Kerja Pertimbangan Adil menerusi laman Facebook beliau semalam.



"Jangkakan langkah pencegahan yang lebih keras bagi tindakan diskriminasi terhadap warga Singapura semasa mengambil pekerja, tetapi jangkakan juga lebih banyak sokongan bagi majikan yang komited memberi warga negara ini peluang yang adil," ujarnya.



Cik Teo bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut tentang semakan tersebut.



Lebih banyak maklumat tentang semakan itu akan diumumkan dalam masa dua minggu, kata jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Menerusi laman Facebook beliau, Cik Teo turut menggariskan antara detik utama MOM bagi 2019.



Ini termasuk mengambil langkah menaikkan usia persaraan dan usia pengambilan kerja secara bertahap selama tempoh 10 tahun.



Beliau turut menarik perhatian bahawa jumlah kematian di tempat kerja telah berkurangan secara konsisten sejak 2015 dan mencapai rekod terendah 1.2 bagi setiap 100,000 pekerja sepanjang dua tahun lalu berturut-turut.



Dari sudut kebajikan pekerja setempat pula, Cik Teo berkata:



"Semua orang, termasuk pekerja berpendapatan rendah, memerlukan peluang yang adil untuk maju.



"Ketiga operasi perniagaan di seluruh dunia mengalami gangguan kini, kita semua memerlukan peluang adil untuk meraih kemahiran baru dan terus bekerja.



"Sekiranya diberhentikan kerja pula, kita memerlukan pampasan yang adil."



Tambahnya, kakitangan MOM giat memperjuang keadilan di tempat kerja setiap hari.



MOM juga sedang membuat persiapan menjelang Belanjawan 2020 dan perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS), ujarnya.



"Sedang kita membuka tirai 2020, rakan kerja saya di MOM dan saya mendedikasikan semula diri kami untuk meningkatkan keadilan di tempat kerja.



"Dengan keadilan sebagai asas, kita boleh mewujudkan lebih banyak amalan tempat kerja yang progresif," kata Cik Teo.



Kali terakhir Rangka Kerja Pertimbangan Adil, yang diperkenal pada Ogos 2014, disemak adalah pada Julai 2018, lapor akhbar The Straits Times.



Di bawah rangka kerja itu, syarikat yang didapati lebih memihak kepada warga asing semasa mengambil pekerja akan dipantau MOM dan permohonan mereka bagi pas pekerjaan (EP) akan diteliti dengan lebih rapat.



Sejak 2016, terdapat sekitar 600 syarikat dalam senarai MOM.



Sebanyak 2,300 permohonan EP pula telah ditolak atau ditahan MOM, atau ditarik balik oleh majikan.



Sementara itu, sekitar 260 syarikat pula dikeluarkan daripada senarai tersebut selepas mereka memperbaiki amalan mereka mengambil pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >