Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM akan siasat majikan yang berhentikan pekerja yang enggan divaksin

MOM
Jul 02, 2021 | 07:22 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan menyiasat laporan majikan menamatkan, atau mengancam untuk menamatkan, khidmat kakitangan jika pekerja itu enggan divaksin, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.

Komen beliau itu dibuat setelah rakan tiga pihak merangkumi MOM, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) mengeluarkan garis panduan dan nasihat bagi perniagaan dan pekerja tentang cara menangani vaksinasi Covid-19.

Salah satu panduan itu adalah majikan tidak harus menjadikan vaksinasi Covid-19 mandatori bagi kakitangan, namun mereka yang bekerja dalam persekitaran lebih berisiko dijangkiti boleh menjadikan vaksinasi satu keperluan sebagai sebahagian dasar syarikat.

Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat, Dr Koh berkata pekerja dalam peranan kerja berisiko tinggi dijangkiti yang mungkin tidak sesuai bagi vaksinasi dari segi perubatan harus dikecualikan daripada dasar syarikat bagi vaksinasi.

Majikan mungkin boleh membincangkan alternatif sesuai bersama pekerja tersebut untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, kata beliau.

“Covid-19 kemungkinan besar akan menjadi endemik. Vaksinasi akan menjadi kunci strategi Singapura yang seterusnya untuk menangani virus ini, bersama dengan ujian dan rawatan,” tambah Dr Koh, sambil menggesa rakyat Singapura mendapatkan vaksinasi mereka secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >