Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM arah kerja bina jejambat Braddell dihentikan, tarikh siap tertangguh lagi

Mar 07, 2017 | 09:32 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap Feng Ming Construction (FMC), kontraktor utama projek jejambat Braddell Road, selepas pemeriksaan mengejut rawak pada 23 Feb.



Ini bermakna tarikh siap projek jejambat itu, yang direka bagi mengurangkan kesesakan di sekitar Braddell Road, akan ditangguhkan dari tarikh akhir bulan ini (Mac).



Dalam jawapan kepada akhbar The Straits Times, jurucakap MOM berkata: "MOM mendapati sokongan tidak disediakan di kawasan yang digali sedangkan ia diperlukan dan (kerja) penggalian tidak dilakukan mengikut reka bentuk jurutera profesional.



"Bahan-bahan diletak di tupang penggalian, yang mendedahkan orang yang bekerja di bawah kepada risiko terkena barang jatuh."



Difahamkan bahawa pemeriksaan itu dilakukan bukan kerana sesuatu insiden berlaku.



Projek itu pada mulanya dijangka siap akhir 2015. Tarikh siapnya ditangguh ke akhir tahun lalu dan kemudian ke akhir bulan ini.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) belum menetapkan tarikh baru bagi menyiapkan projek tersebut, kata jurucakapnya.



LTA mengesahkan projek itu akan tertangguh dan berkata ia akan bekerjasama dengan FMC untuk membetulkan kesilapan keselamatan tersebut "supaya kerja boleh disambung semula secepat mungkin".



Jurucakap LTA berkata: "Pembinaan jejambat itu mencabar kerana kerja dijalankan dalam waktu terhad untuk mengurangkan gangguan trafik ke atas penumpang, dan juga bunyi bising dan habuk bagi penduduk berhampiran."



LTA akan mengumumkan tarikh pembukaan baru jejambat itu selepas penilaian lanjut, katanya.



Projek awam itu menghadapi masalah sejak ia dimulakan pada 2012. Kontraktor pertama, Hexagroup, memenangi tender $29 juta tetapi berdepan dengan masalah kewangan.



Ini mengakibatkan kerja dihentikan dan penangguhan tarikh buka jejambat tersebut. Hexagroup kini dalam proses penutupan.



Sebuah tender kedua, sebanyak $29.9 juta, diberi kepada FMC pada 2015 dan tarikh siapnya ditetapkan akhir tahun lalu. Tetapi ia tertangguh lagi, sebahagiannya disebabkan masalah berkaitan penyerahan projek itu daripada Hexagroup kepada FMC.



Projek tersebut termasuk pembinaan jejambat satu lorong untuk menghubungkan kenderaan yang belok ke kanan dari Lorong 6 Toa Payoh langsung ke laluan bawah tanah Braddell arah ke Paya Lebar, tanpa perlu menyertai lalu lintas yang menuju jalan arah ke Central Ekspreswe (CTE).



Braddell Road pula akan diperluas daripada dua laluan tiga lorong kepada dua laluan lima lorong.



Selain itu, dua jejatas pejalan kaki baru akan menghubungkan Bishan dan Braddell.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >