MOM beri tumpuan elak pemberhentian kerja
Mar 12, 2020 | 05:30 AM
MEMASTIKAN pekerja tidak menjadi mangsa kemurungan ekonomi akibat Covid-19 adalah keutamaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Menegaskan demikian dalam dialog dengan majikan di bangunan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam, Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan akan datang, MOM akan memberi tumpuan kepada mengelakkan pemberhentian kerja secara besar-besaran.