Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Bilangan pekerja yang naik gaji merosot tahun lalu

May 30, 2017 | 01:19 PM



BILANGAN pekerja yang menerima kenaikan gaji tahun lalu telah merosot, kata satu laporan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai amalan gaji di Singapura.



Pertumbuhan jumlah gaji, termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan, juga merosot daripada 4.9 peratus pada 2015 kepada 3.1 peratus tahun lalu.



Laporan MOM yang dikeluarkan hari ini, berkata bilangan pekerja yang menerima kenaikan gaji telah berkuranganan daripada 77 peratus kepada 75 peratus.



Menurut MOM, kenaikan gaji menjadi lebih perlahan sedang majoriti syarikat melaksanakan sistem gaji yang memberi fleksibiliti untuk menyesuaikan gaji mengikut keadaan perniagaan.



Ini mencerminkan kesederhanaan dalam pertumbuhan gaji asas sedang bayaran bonus adalah sama, ujar MOM.



Manakala, peratusan firma swasta yang meraih keuntungan juga terus merosot - daripada 79 peratus pada 2015 kepada 76 peratus tahun lalu.



Syarikat yang mengalami kerugian pula meningkat daripada 21 peratus kepada 24 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >