Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Chee salah faham data pekerjaan

May 04, 2016 | 08:54 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM)  menyangkal kenyataan calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan yang mengatakan pemerintah hanya mencipta sebanyak 100 pekerjaan untuk rakyat dan penduduk tetap pada 2015.





Dalam kenyataan yang dikeluarkan Rabu, MOM berkata Dr Chee salah faham mengenai data kementerian itu  dan dengan berbuat demikian telah mencerminkan gambaran mencemaskan serta tidak benar mengenai pasaran kerja untuk rakyat Singapura. 



Ia juga berkata bilangan yang diketengahkan Dr Chee bukanlah jumlah sebenar pekerjaan baru yang diambil penduduk setempat tahun lepas.



“Ia sebenarnya merujuk kepada perbezaan antara jumlah bilangan penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan dan mereka yang meninggalan pekerjaan mereka. 



“Perbezaan ini, atau nombor bersih pekerjaan baru yang diambil penduduk tempatan, adalah 700 pada tahun lepas dan ia tidak mencerminkan jumlah keseluruhan pekerjaan baru yang diambil penduduk setempat,” kata MOM lagi. 



MOM turut menekankan bahawa seperti yang telah dijelaskan ketika satu kenyataan pada 15 Mac lalu, walaupun terdapat kelembapan pada peningkatan pekerjaan tempatan, kebanyakkan warga Singapura mampu mencari pekerjaan yang baru. Oleh itu, kadar pengangguran penduduk kekal rendah dan peluang pekerjaan terus melebihi mereka yang mencari kerja. 



Mereka juga telah memberi contoh seperti yang telah dilaporkan media tempatan bahawa pada 2009, apabila pertumbuhan pekerjaan setempat merosot, kadar pengangguran naik. 



“Sebab utamanya adalah disebabkan kekurangan pekerjaan. Pada 2015, kemerosotan pertumbuhan dalam pekerjaan setempat tidak menyebabkan sebarang perubahan dalam kadar pengangguran. 



“Hambatannya (kali ini) bukan mengenai pekerjaan, tetapi disebabkan (pertumbuhan setempat lebih lembap) tenaga kerja.



“Realiti asasnya adalah pertumbuhan tenaga kerja setempat kami telah menjadi perlahan. Seperti dijelaskan dalam kenyataan kami pada 15 Mac, tiga faktor menyumbang kepada situasi itu: (1) kohort pekerja muda yang memasuki tenaga kerja lebih kecil; (2) kohort "baby boomer" (yang lahir antara 1946 dengan 1964) keluar daripada tenaga kerja lebih besar; dan (3) kadar pekerjaan 80.5 peratus Singapura bagi penduduk berusia 25 hingga 64 tahun yang agak tinggi mengikut standard antarabangsa dan tidak boleh tumbuh lagi,” kata MOM lagi.



 

MOM turut memberi jangkaan bahawa trend ini akan berterusan dalam tempoh pertengahan disebabkan realiti demografi negara ini.



“Ini sebabnya mengapa kami sedang mempertingkat usaha dalam perubahan industri - untuk mencipta bukan hanya lebih banyak pekerjaan, malah pekerjaan lebih bermutu bagi rakyat kita,” tambah mereka




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >