Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM gugurkan tuduhan buat tuntutan palsu ke atas pekerja Bangladesh

MOM
May 09, 2016 | 09:02 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) Jumaat (6 Mei) lepas menarik balik tuduhan terhadap seorang pekerja asing yang didakwa berbohong mengenai kecederaan yang dialaminya semasa bekerja.



Penarikan balik tuduhan itu lama ditunggu-tunggu Encik Shahidulla Md Anser Ali, seorang penyelia keselamatan dari Bangladesh berusia 32 tahun.



Beliau terperangkap di Singapura lebih dua tahun, dan tidak dapat bekerja, sementara kesnya belum selesai.



Encik Shahidulla pergi ke MOM pada 2014 untuk membuat laporan bahawa beliau dipukul oleh bosnya, tetapi akhirnya didakwa membuat dakwaan palsu di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja (Wica). Beliau dikenakan dua dakwa berbohong kepada seorang pegawai penyiasat.



Wica ialah alternatif kos rendah kepada undang-undang biasa untuk pekerja menyelesaikan tuntutan pampasan bagi kecederaan yang dialami semasa kerja.



Dokumen mahkamah menyatakan Encik Shahidulla didakwa berbohong bahawa penyelianya menyerangnya dan mencederakan belakangnya pada 10 pagi pada 1 Mac 2014.



Kalaulah didapati bersalah membuat dakwaan palsu, beliau boleh dihukum denda hingga $15,000, penjara hingga setahun atau kedua-dua hukuman.



Jurucakap MOM berkata: "Pertuduhan ditarik balik kerana saksi baru, yang tidak dapat dikesan semasa penyiasatan, telah tampil menyokong versi Shahidulla mengenai kejadian itu.



"Membuat tuntutan pampasan kecederaan di tempat kerja palsu atau memberi maklumat palsu satu penipuan serius. MOM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang menuntut yang cuba menyalah guna sistem."



Peguam yang memberi khidmat percuma, atau pro bono, kepada Encik Shahidulla, Encik Kalidass Murugaiyan, gembira akhirnya sistem itu memihak kepadanya.



Kes pelanggaran Wica tidak banyak, tetapi bilangan pekerja yang diheret MOM ke mahkamah bagi kesalahan itu telah meningkat sejak beberapa tahun lalu.



Tahun lepas, MOM mendakwa dan mensabitkan lima pekerja bagi kesalahan Wica, meningkat daripada empat pada 2014 dan dua masing-masing pada 2013 dan 2012.



Sembilan pekerja didakwa tahun ini, dengan tiga telah disabitkan bersalah sejauh ini. Pada Februari, seorang pekerja marin Bangladesh dihukum penjara lapan minggu kerana membuat tuntutan palsu bahawa jari kirinya terputus ketika dia menggunakan gergaji di tempat kerja.



Encik Shahidulla memberitahu akhbar The Straits Times: "Saya amat gembira. Jika saya telah melakukan kesalahan, saya akan pergi ke penjara kerana ia memang tindakan betul, tetapi saya tahu saya tidak buat salah."



Kini anak tunggal itu tidak sabar untuk pulang ke Bangladesh dan melihat ibu bapanya.



"Ibu saya dan saya akan mencium satu sama lain dan menangis, dan saya tidak tahu siapa yang akan menangis lebih banyak."



Oleh kerana tidak dapat bekerja sepanjang tempoh dua tahun lalu, beliau tidak dapat menghantar wang ke kampung dan terpaksa meminjam $4,000 daripada rakan-rakan dan saudara-mara untuk menyara hidup, sementara bergantung pada badan kebajikan pekerja asing Transient Workers Count Too (TWC2) untuk makanan.



Bagaimanapun, Encik Shahidulla berharap dapat kembali ke Singapura untuk bekerja, kerana kelayakan keselamatannya akan membolehkan beliau mendapat gaji lebih baik di sini daripada di negaranya.



"Saya mahu memastikan pekerja lain selamat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >