Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Apa yang perlu dilakukan pekerja yang uji positif ART tapi tiada simptom

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Apa yang perlu dilakukan pekerja yang uji positif ART tapi tiada simptom

Sep 25, 2021 | 04:20 PM

PEKERJA yang positif Covid-19 dalam ujian pantas antigen (ART) tetapi tidak menunjukkan gejala seperti demam, batuk atau hidung berair digesa untuk mengasingkan diri selama 72 jam dahulu dan tidak bergegas ke klinik doktor atau hospital.

Semasa mengasingkan diri, individu ini boleh bekerja dari rumah tetapi jika mereka tidak boleh berbuat demikian, majikan harus memberi cuti berbayar tanpa sijil perubatan.

Ini menurut surat makluman rakan tiga pihak termasuk pemerintah, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), yang dikeluarkan Sabtu (25 Sep).

Surat itu memberi panduan kepada majikan dan kakitangan berkenaan aturan kerja dan cuti sakit bagi kakitangan yang positif ART tetapi dalam keadaan baik.

Individu ini tidak dinasihatkan untuk terus ke klinik atau hospital untuk membolehkan sumber penjagaan kesihatan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang berisiko sakit teruk, menurut panduan itu.

“Kakitangan yang positif ART tetapi berada dalam keadaan baik dinasihatkan untuk mengasingkan diri di rumah selama 72 jam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3