MOM: Keadaan tiga dormitori semakin baik; makanan lebih bermutu, agihan lebih pantas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MOM: Keadaan tiga dormitori semakin baik; makanan lebih bermutu, agihan lebih pantas

Apr 09, 2020 | 09:16 PM

KEADAAN di dormitori pekerja asing yang diwartakan sebagai kawasan pengasingan; S11 Dormitory@ Punggol, Westlite Toh Guan Dormitory dan Toh Guan Dormitory, kini lebih baik.

Dalam kenyataannya malam ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata, ia telah memanfaatkan pengalaman dalam menangani situasi di tempat pengasingan keempat, Sungei Tengah Lodge, bagi usaha baikpulih keadaan di tiga dormitori berkenaan.

Sejauh ini MOM bekerja rapat dengan pelbagai syarikat penyedia makanan; Catering Solutions, NEO
Group dan SATS Catering, bagi memastikan makanan bermutu disediakan dan ia dibahagi-bahagikan kepada penghuni menurut masa yang ditetapkan. 

Sejauh itu, syarikat penyedia makanan telah menghantar hampir 322,000 kotak makanan dan makanan ringan kepada lebih 24,500 penghuni dormitori di S11 Dormitory @ Punggol, Westlite Toh Guan Dormitory dan Toh Guan Dormitory.

Kekangan logistik yang berlaku di peringkat awal telah dapat diselesaikan secara bertahap-tahap, menyebabkan masa pengagihan makanan dapat dipercepatkan dalam masa empat hari.  

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Masa pengagihan makanan di ketiga-tiga dormitori ini  juga semakin baik dengan penghuni menerima makanan mereka dalam masa purata satu jam setengah - setengah jam lebih pantas berbanding beberapa hari lalu.

Syarikat penyedia makanan juga telah melaksanakan beberapa langkah baru demi memastikan makanan dapat dihantar mengikut jadual.

Ini termasuk: 

  • Mengadakan sesi merasa makanan demi memastikan makanan menepati selera pekerja
  • Memanfaatkan automasi bagi meningkatkan penghasilan dan kecepatan penyediaan (seperti pembungkusan makanan)
  • Mendapatkan lebih ramai tenaga pekerja untuk mempercepatkan proses memasak; dan
  • Mendapatkan lebih ramai pemandu dan kenderaan untuk penghantaran makanan

Demi mengekalkan kesejahteraan penghuni domitori, MOM telah menasihati pekerja asing agar bekerjasama dengan pengendali dormitori dalam melaksanakan jarak selamat. Pasukan Sokongan dan Jaminan Ke Depan (FAST) akan dikerahkan bagi memastikan arahan ini dipatuhi.

Pegawai MOM akan terus bekerjasama dengan pengendali dormitory dan penyedia khidmat makanan bagi memastikan makanan kekal bermutu dan ia dapat dibahagi-bahagikan kepada pekerja mengikut jadual.

"Para pegawai kami juga akan bertindak di atas maklum balas yang diberikan penghuni dormitori bagi mempertingkat lagi keadaan," kata MOM dalam kenyataannya. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map