Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM keluarkan panduan pastikan kemampanan sektor penyumberan luar

Aug 13, 2020 | 07:23 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) dan rakan kongsi tiga pihaknya pada Khamis (13 Ogos) mengeluarkan dua surat makluman terakhirnya untuk memastikan kemampanan sektor penyumberan luar dalam keadaan Covid-19.



Surat makluman bagi sektor landskap dan pengurusan kemudahan dan strata itu menyusuli empat yang dikeluarkan antara April dengan Jun lalu bagi sektor pembersihan, keselamatan, pengurusan sisa dan lif serta eskalator.


Dalam satu catatan di Facebook, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata surat makluman memberi penyedia dan pembeli khidmat saranan praktikal bagi melindungi kepentingan dan mata pencarian pekerja penyumberan luar.


"Pekerja penting kita telah berada di barisan hadapan dalam perjuangan kita menentang Covid-19.

Mereka memastikan Singapura dapat terus berjalan seperti biasa dengan memastikan persekitaran kita kekal selamat dan bersih. 


"Kebanyakan mereka adalah pekerja yang disumber dari luar, dan merupakan lanjutan keluarga bekerja kita.


"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, rakan kongsi tiga pihak Kementerian Tenaga Manusia Singapura, NTUC Singapura, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) bersama dengan agensi rakan kongsi, secara beransur-ansur mengeluarkan surat makluman untuk memastikan kemampanan sektor penyumberan luar.


"Surat makluman ini memberi penyedia dan pembeli khidmat saranan praktikal bagi melindungi kepentingan dan mata pencarian pekerja dari sumber luar," tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >