Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM kesali tindakan Eagle Services Asia hentikan pekerja tanpa rujukan kesatuan

Jul 29, 2020 | 09:37 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) menyesali langkah syarikat penyelenggaraan dan pembaikan pesawat Eagle Services Asia Private Limited (ESA) mengambil keputusan sendiri dalam memberhentikan pekerja secara tidak adil tanpa merujuk kepada pihak kesatuan sedang perbincangan masih lagi dijalankan.



Dalam kenyataannya malam ini (Rabu, 29 Julai), MOM berkata pihaknya menyedari ESA sudah dalam perbincangan bersama pihak kesatuan bagi memastikan proses memberhentikan kerja dibuat dengan saksama.



Justeru, malang sekali apabila ESA mengambil langkah yang tidak sejajar dengan Penyata Nasihat Tiga Perikatan di mana MOM menggariskan pesanan agar majikan merujuk kepada kesatuan mereka (dalam hal pemberhentian kerja) dengan harapan pertikaian dapat dihurai secara damai.



MOM menambah pihaknya memahami dan berasa ihsan terhadap rungutan pekerja. 



"Kami gembira ESA mengambil langkah bagi membetulkan keputusan awal mereka dan seterusnya mampu mencapai persetujuan secara baik dengan pihak kesatuan bagi menangani keprihatinan pekerja sambil mengekalkan hubungan tiga hala yang baik.



"Seandainya pembuangan kerja tidak dapat dielakkan, kami menjangkakan pihak majikan akan melakukannya secara adil dan penuh tanggungjawab serta melayan pekerja dengan akur pada maruah mereka serta dengan rasa hormat. Jika pihak kesatuan terlibat, mereka harus mendekati pekerja lebih awal dan berurusan dengan mereka secara damai bagi menghurai isu pekerja," jelas kenyataan itu lagi.



MOM juga mengingatkan majikan agar berpandukan Penyata Nasihat Tiga Perikatan dalam Mengurus Tenaga Kerja Lebihan dan Pembuangan Kerja Bertanggungjawab sewaktu tempoh pemberhentian kerja di samping menyediakan bantuan secukupnya buat pekerja yang terjejas di samping mengekalkan teras kesingapuraan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >