MOM lantik jawatankuasa siasatan bagi kebakaran maut di Tuas
Satu jawatankuasa siasatan akan dilantik oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berikutan kebakaran dan letupan membawa maut di syarikat Stars Engrg pada Rabu (24 Feb).
Tiga pekerja mati dan lima lain masih dalam keadaan kritikal, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (27 Feb)
MOM berkata jawatankuasa itu dijangka menjalankan kajian teliti terhadap faktor yang menyebabkan kejadian itu di lokasi firma di Tuas.
Ia juga akan membuat saranan termasuk langkah kesihatan, dasar, pengawalan dan keselamatan di tempat kerja bagi mengelak berulangnya kejadian serupa.
Jawatankuasa itu akan dketuai oleh hakim daerah dengan dua penilai teknikal dan prosidingnya akan diadakan di mahkamah terbuka.
Lebih banyak butiran akan diumumkan minggu depan.