Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Lebih ramai pekerja berpeluang pilih struktur kerja fleksibel

Jan 16, 2019 | 01:58 PM



WARGA Singapura yang bekerja dalam syarikat yang menawarkan aturan pekerjaan fleksibel kian bertambah, dan majikan kini menawarkan lebih banyak aturan pekerjaan.



Tahun lalu, 72 peratus pekerja bekerja dalam syarikat yang menawarkan sekurang-kurangnya satu jenis aturan kerja fleksibel, seperti pekerjaan separuh masa, waktu fleksibel, atau bekerja secara dalam talian (tele-working), berbanding 70 peratus pada 2017. 



Selain itu, lebih ramai pekerja juga ditawarkan sekurang-kurangnya satu aturan ad-hoc: Jumlah meningkat kepada 87 peratus tahun lalu berbanding 81 peratus pada 2017, menurut laporan Syarat Pekerjaan terkini yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini. 

 

Jumlah syarikat yang menawarkan sekurang-kurangnya dua jenis aturan kerja fleksibel turut meningkat kepada 22.7 peratus tahun lalu, berbanding 16.8 pada 2017. 



Aturan kerja ini baik untuk perniagaan, kerana pekerja mungkin terus kekal dengan syarikat yang menawarkan pilihan tersebut, terutama sekali generasi baru yang mengutamakan fleksibiliti, menurut Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad semasa mengongsi laporan tersebut di acara yang diadakan di Pusat NTUC. 



“Pekerja, apabila ditawarkan aturan pekerjaan yang fleksibel, melihatnya sebagai isyarat bahawa mereka dihargai dalam syarikat tersebut dan syarikat itu bersedia untuk mempertimbangkan tanggungjawab mereka di luar waktu kerja,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >