KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menggesa majikan agar menerapkan langkah jarak selamat bagi pekerja asing yang kini menginap di kilang yang dijadikan asrama dan tempat tinggal sementara sewaktu wabak koronavirus ini.
Dalam satu makluman yang diumumkan pada Isnin (13 April), MOM berkata, majikan juga harus memastikan para pemegang pas kerja tidak keluar dari tempat tinggal mereka sebanyak mungkin, lapor The Straits Times (ST).
"Dalam tempoh ini, majikan harus memastikan pembayaran gaji mereka serta kebajikan pekerja dijamin," kata MOM sambil menekan ia akan mengambil tindakan terhadap majikan dan juga pemegang pas kerja yang melakukan sebarang perkara tidak bertanggung jawab.
Ini termasuk pembatalan keistimewaan pas kerja.
Makluman itu merangkumi kilang yang dijadikan asrama, iaitu bangunan perindustrian atau gudang yang telah dijadikan tempat tinggal, rumah sementara atau kemudahan bagi penginapan pekerja di tapak pembinaan dan rumah yang dilesenkan sebagai tempat penginapan sementara atau rumah sementara yang dilesenkan pemerintah berdekatan dengan tapak pembinaan.