Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

MOM manfaat teknologi perubatan pantau kesihatan pekerja asing dengan lebih berkesan

May 10, 2020 | 06:30 PM

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) hari ini melaporkan Pasukan Bertindak Antara Agensi (ITF) akan menumpukan pada tiga fasa untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Pada fasa pertama, langkah-langkah jarak selamat telah dilaksanakan di asrama pekerja.

Bagi fasa kedua, sebuah pelan sokongan perubatan, dengan prasarana dan kakitangan yang diperlukan, telah disediakan.

Bulan lalu, kira-kira 40,000 konsultasi dijalankan menerusi pelan sokongan perubatan berlapis ini. 

Untuk fasa ketiga, ia merupakan fasa pemulihan. Untuk ini kata MOM, ia sedang mencari kaedah untuk membolehkan pekerja yang pulih kembali bekerja dengan selamat.

Pada masa yang sama katanya, kementerian itu juga sedang mengembangkan strategi dan cara baru untuk memantau kesihatan pekerja asing dengan berkesan dengan memanfaatkan teknologi bagi pemantauan perubatan pekerja yang lebih berkesan.

Ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan telekonsultasi melalui peranti mudah alih peribadi di mana kira-kira 400 konsultasi video antara pekerja dan doktor telah dilakukan sehingga kini sejak perkhidmatan tersebut dimulakan pada 25 April lalu.

Mengadakan 'Tele-kios' di mana sebanyak lapan tele-kios telah dipasang di asrama pekerja, dengan lebih banyak kios diperkenalkan secara progresif.

Di samping itu, MOM juga menyediakan Ukuran Nadi Oksimeter yang mana kira-kira 8,000 oksimeter ukuran nadi telah diedarkan kepada pekerja dengan jangkitan Covid-19 yang tinggal di asrama.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian