Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Masih ada kerja kosong bagi mereka yang diberhentikan

39 peratus penduduk S'pura yang diberhenti pada suku pertama tahun ini dapat kerja baru jelang Jun lalu
Sep 08, 2020 | 05:30 AM



SEBANYAK 39 peratus penduduk Singapura yang diberhentikan pada suku pertama tahun ini berupaya mendapat pekerjaan baru menjelang Jun lalu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Meskipun rentak pengambilan pekerjaan semakin perlahan pada suku kedua tahun ini, MOM mendapati bahawa pengambilan pekerjaan tidak berhenti sama sekali dan sebilangan mereka yang diberhentikan berupaya mendapat pekerjaan baru.



MOM meninjau 2,160 penduduk yang diberhentikan dari Januari hingga Mac tahun ini. Perangkaan awal MOM dikeluarkan Julai lalu menunjukkan hampir 10,000 pekerja diberhentikan pada dua suku pertama tahun ini.



Dalam kalangan pekerja yang diberhentikan yang mendapat pekerjaan baru, sekitar 70 peratus dapat pekerjaan baru dalam tempoh sebulan.



MOM mengeluarkan laporan keadaan pekerjaan itu bagi memberikan orang awam maklumat terkini berkenaan pasaran buruh secara tetap sedang negara ini mengharungi pandemik Covid-19.



Ia berlaku di tengah-tengah kemelesetan ekonomi yang dihadapi negara ini.



Semalam, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga mengumumkan ramalan ekonomi dijangkakan pakar ekonomi swasta tahun ini.



Tinjauan dijalankan MAS itu menunjukkan ekonomi Singapura boleh menguncup 6 peratus tahun ini, lebih buruk daripada kemerosotan 5.8 peratus yang diramalkan dalam tinjauan Jun lalu.



Dalam tinjauan MOM, ia mendapati golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) serta pekerja pertengahan tahun berusia 30-an dan 40-an mempunyai prospek lebih tinggi mendapat pekerjaan.



Sebanyak 53 peratus atau lebih separuh golongan itu yang diberhentikan dan mendapat pekerjaan baru memiliki kemahiran yang boleh dialihkan, yang membolehkan mereka berpindah ke industri baru.



Malah, 60 peratus daripada mereka yang mendapat pekerjaan baru tidak menghadapi potongan gaji yang besar.



"Secara keseluruhan, dapatan ini mencerminkan bahawa pengambilan pekerjaan bertambah perlahan pada suku kedua tahun ini tetapi ia tidak terhenti.



"Di sebalik kelembapan dalam pasaran buruh, majoriti mendapat pekerjaan dengan pantas secara relatif dengan kesan gaji yang sederhana,'' ujar MOM dalam kenyataannya.



Mengulas perangkaan itu, Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo berkata:



"Prospek pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan dapat bertahan di sebalik pencarian pekerjaan berlaku dalam keadaan pasaran buruh yang lemah dan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan apabila banyak kegiatan terganggu. Kami akan terus memantau hasil pengambilan pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan.''



Bagi membantu syarikat mengekalkan pekerja tempatan, pemerintah telah melancarkan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang memberi sokongan gaji sehingga Mac tahun depan. Lebih $16 bilion telah diedarkan kepada syarikat yang memberi manfaat kepada dua juta pekerja setempat di lebih 150,000 firma.



Sebanyak $1 bilion juga diperuntukkan di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) bernilai $1 bilion untuk menyokong perniagaan menggajikan warga setempat.



Walau dengan bantuan itu, terdapat juga majikan yang terpaksa memberhentikan pekerja untuk bertahan. Dalam keadaan itu, MOM akan mengambil langkah aktif bagi memastikan pekerja terjejas mendapat pekerjaan alternatif dengan pantas, kata Cik Teo dalam posnya di Facebook semalam.



Laporan lain: Sektor pelancongan berupaya tawar peluang pekerjaan dengan cepat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >