KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah meminta maaf kepada mantan DJ Jade Rasif kerana mengatakan cerita beliau mengenai kebimbangan Covid-19 berkaitan pembantu rumahnya adalah “tidak tepat”.
Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu malam (22 Mei), MOM mengatakan ia menarik balik kenyataannya mengenai cerita Cik Rasif itu dan menyusun semula perkataan “tidak tepat” daripada catatannya pada Isnin lalu.
“Kami mendapati bahawa penggunaan perkataan ‘tidak tepat’ dan salah satu kenyataan di pos FB kami pada 17 Mei mungkin menggambarkan Cik Rasif sebagai memberi cerita yang tidak tepat mengenai siasatan Arahan Kuarantin,” kata kementerian itu dalam posnya.
“Beliau berkongsi dengan kami bahawa perkara ini telah memberi kesan negatif kepadanya. Kami ingin meminta maaf kepadanya atas perkara ini.”
Catatan Cik Rasif di Instagram dan Facebook Ahad lalu mengisahkan bagaimana pembantu rumahnya telah dibenarkan menamatkan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) pada hari ketiga, tetapi kemudian didapati positif Covid-19 dua minggu kemudian pada 30 April.
Beliau telah menimbulkan kebimbangan tentang apakah selamat bagi pembantu rumahnya ditamatkan SHN lebih awal, dan menyoal mengapa beliau sendiri tidak dikenakan kuarantin.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
MOM minta maaf kepada mantan DJ Jade Rasif
May 23, 2021 | 02:41 PM