Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Pemerintah akan umum butiran lanjut rangka kerja Pas Pekerjaan

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengumumkan butiran lanjut tentang usaha memperhalus rangka kerja Pas Pekerjaan apabila tiba masanya, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerusi satu kenyataan semalam.



MOM berkata demikian sebagai respons kepada saranan yang dibentangkan pasukan bertindak Karyawan, Pengurus dan Eksekutif (PME) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC)-Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) untuk menyokong golongan PME dengan lebih baik.



Menurut MOM, mereka sedang meneroka langkah memperhalus rangka kerja Pas Pekerjaan untuk mencapai matlamat membina teras Singapura yang kukuh, dengan dilengkapi tenaga kerja asing yang berbilang dan mereka akan mempertimbang saranan pasukan bertindak itu.



Tambahnya, mereka kerap menyemak dasar pas pekerjaan asing untuk memastikan bahawa karyawan asing melengkapi tenaga kerja PME setempat, selain membantu perusahaan menghasilkan pekerjaan yang baik bagi warga Singapura.



MOM berkata mereka juga akan mempertimbang saranan lain yang dibentangkan pasukan bertindak itu dalam semakan berterusan berhubung dasar tenaga manusia, rangka kerja keadilan di tempat kerja serta daya usaha sokongan pekerjaan.



"Pemerintah akan terus bekerja rapat dengan rakan kerja perikatan tiga pihak untuk menyokong PME di Singapura, sejajar dengan keutamaannya memastikan kesejahteraan dan mata pencarian semua pekerja," ujarnya.



Julai lalu, rakan kerja perikatan tiga pihak telah membentuk Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Keadilan di Tempat Kerja (TCWF) untuk menyemak rangka kerja bagi keadilan di tempat kerja di Singapura.



TCWF telah membuat penilaian bahawa undang-undang diperlukan sebagai langkah seterusnya.



"Mereka akan mengkaji saranan oleh pasukan bertindak PME ini sedang mereka menghasilkan rangka kerja perundangan yang seimbang dan demi kebaikan Singapura serta warga Singapura," ujar MOM.



Tambahnya, mereka juga akan mempertimbang saranan pasukan bertindak itu dalam semakannya terhadap langkah sokongan bagi pekerja setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >