KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) berkata ia belum menerima permohonan daripada Parti Demokratik Singapura (SDP) bagi mengubah atau membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atas parti itu.
MOM berkata demikian semalam bagi menjawab kenyataan SDP yang meminta Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menarik balik arahan pembetulan yang dikeluarkan bulan lalu itu.