Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM siasat 15 pemegang pas kerja yang isytihar miliki kelayakan dari Universiti Manav Bharti

Feb 17, 2021 | 11:13 PM



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat 15 pemegang pas kerja yang kini bekerja di Singapura dan telah mengisytiharkan kelayakan dari Universiti Manav Bharti dalam permohonan pas kerja mereka.



Jika didapati memberi pengisytiharan palsu tentang kelayakan pendidikan mereka, pas kerja mereka akan segera dibatalkan dan mereka akan dilarang bekerja di Singapura.


Dalam kenyataanya pada Rabu (17 Feb), MOM berkata majikan mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan ketulenan dan mutu kelayakan akademik warga asing yang ingin mereka ambil bekerja.


Sebagai perlindungan tambahan untuk menegakkan integriti rangka kerja pas kerja, MOM melakukan pemeriksaan dan pengesahan sendiri setelah majikan menyerahkan dokumen akademik tersebut.


Kementerian itu berkata ia akan mendakwa pekerja yang menyerahkan dokumen palsu di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Manusia Asing di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda hingga $20,000, dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Menurut MOM, dalam tempoh lima tahun lalu, purata 660 warga asing dilarang secara tetap setiap tahun daripada bekerja di Singapura kerana mereka telah mengemukakan kelayakan pendidikan palsu dalam permohonan pas kerja mereka.


Dalam tempoh yang sama, purata lapan warga asing setiap tahun didapati bersalah atas kesalahan itu dan telah dikenakan hukuman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >