Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM siasat 2 syarikat kerana tidak bayar gaji 31 pekerja

Mar 10, 2017 | 09:35 AM



DUA syarikat binaan tempatan sedang disiasat kerana tidak membayar gaji 31 pekerja binaan warga Bangladesh dan cuba menghantar mereka pulang.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat HBB Engineering dan C-Plus Engineering kerana tidak membayar gaji pekerja pada masanya.



Kedua-dua syarikat mempunyai pemilik sama, Encik A. B. M. Rafiqul Islam, seorang warga Bangladesh yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura.



"Kami sedang menyiasat syarikat itu kerana gagal membayar gaji pada masanya dan kerana cuba menghantar pekerja mereka pulang tanpa membayar gaji mereka sepenuhnya, dengan tujuan mendakwa mereka," kata seorang jurucakap MOM.



Menurut MOM, 31 pekerja meminta bantuan daripada kementerian itu antara Januari hingga bulan ini (Mac).



Seramai 20 daripada mereka bekerja dengan HBB dan 11 dengan C-Plus. Mereka tidak dibayar gaji antara empat dan lapan bulan.



MOM masuk campur dan berjaya mendapatkan dua syarikat itu membayar enam pekerja sepenuhnya. Tuntutan selebihnya sedang diselesaikan, katanya.



"MOM telah melarang kedua-dua syarikat, serta pengarah syarikat terlibat, mengambil pekerja asing," tambahnya.



Pekerja terlibat juga mendapat bantuan daripada kementerian itu.



MOM berkata ia telah meminta firma insurans bon keselamatan dua syarikat itu supaya membantu membayar pekerja tersebut serta meminta syarikat pelanggan dua syarikat itu supaya membuat bayaran awal.



Sebuah syarikat pelanggan telah membayar $100,000 dan MOM akan "memastikan wang itu digunakan untuk membayar dulu gaji yang terhutang kepada pekerja mereka".



Dua syarikat itu juga telah berjanji akan menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada pekerja terlibat, ujar MOM.



Pekerja terlibat telah bekerja di dua syarikat itu kira-kira setahun, kebanyakannya di projek peningkatan estst HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >