Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM siasat kelelapan protokol jagaan kesihatan Covid-19 di dormitori Jurong

MOM
Oct 14, 2021 | 01:25 AM



PEGAWAI Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menemui kelelapan pada protokol jagaan kesihatan di sebuah dormitori pekerja migran di Jurong.



Ini termasuk kelewatan menghantar pekerja yang diuji positif Covid-19 daripada bilik mereka ke kemudahan pemulihan.



Pegawai Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) mengunjungi dormitori di Jalan Tukang itu pada Rabu (13 Oktober) selepas dakwaan mengenai pelanggaran protokol jagaan kesihatan dan kurangnya akses pada sokongan perubatan serta mutu makanan katering yang rendah timbul.



Pasukan Polis Singapura juga memberi respon pada panggilan bantuan ke dormitori sekitar 12.55 tengah hari, jelas MOM, dalam jawapannya kepada akhbar The Straits Times.



Dakwaan ini, awalnya dibuat di dalam laporan dalam talian gerbang berita Cina, Weixin.



MOM berkata, siasatan awal mendapati terdapat kelewatan dalam menghantar pekerja yang diuji positif Covid-19 dari bilik mereka ke kemudahan pemulihan dormitori atau kemudahan pemulihan pusat.



Kenyataan MOM itu berkata: "Kami sedang berusaha mengalihkan pekerja yang memerlukan jagaan perubatan lanjutan ke kemudahan jagaan kesihatan bagi rawatan masing-masing.



"Rakan sebilik kes positif ini akan dibenarkan kembali bekerja setelah mengemukakan hasil ujian pantas antigen (ART) yang negatif," jelasnya.



Penduduk dormitori yang ingin berjumpa doktor akan dibawa ke pusat perubatan serantau secara harian dan telah diberi akses pada teleperubatan, tambah kenyataan itu.



MOM juga berkata ia telah mengerahkan pasukan klinikal mudah alih bagi membantu menjaga keperluan pekerja.



Penduduk dormitori, tambahnya, telah diberi sajian makanan tiga kali sehari oleh majikan mereka.



Bagaimanapun, majikan mereka telah dimaklumkan mengenai mutu makanan katering itu, jelas MOM.



Awal daripada itu, terdapat laporan bahawa beberapa lelaki berhimpun di luar dormitori sekitar tengah hari.



Majikan itu, tambah MOM, telah mendekati pekerja dan berbincang mengenai isu yang mereka prihatinkan dan bagi mendapat tahu jika wujud keprihatinan lain.



MOM berkata ia akan terus bekerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk operator dormitori dan majikan bagi menjaga dan memastikan kesejahteraan pekerja migran terjamin.



Katanya: "Kami juga mendapatkan maklum balas daripada pekerja menerusi saluran yang ada seperti melalui pegawai Fast atau menerusi operator dormitori."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >