Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM siasat kes pembantu rumah ‘dijual’ di platform Carousell

Sep 15, 2018 | 02:43 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat kes  pembantu rumah “dijual” di platform runcit dalam talian Carousell.



Dalam satu pos  Facebook pada  Jumaat (14 Sep), kementerian itu berkata ia “menyedari kes     pembantu rumah  asing  dipasarkan dengan cara tidak sesuai di...   Carousell”



“Kami  sedang menyiasat kes-kes itu, dan telah mengaturkan supaya senarai tersebut    diturunkan (daripada Carousell),” katanya.



Dalam senarai yang disediakan oleh pengguna  @maid.recruitment, wajah beberapa pembantu rumah, yang didakwa dari Indonesia, dimuat naik.



Sesetengah profil malah  menunjukkan bahawa pembantu rumah itu telah “dijual”.



Sebagai respons   kepada pertanyaan akhbar  The Straits Times, jurucakap Carousell berkata penyenaraian sedemikian tidak dibenarkan di platform itu  mengikut garis panduannya.



Walaupun ia membenarkan agensi  mengiklankan perkhidmatan, penyenaraian perjawatan  tidak dibenarkan.



“Sembarang  paparan atau perkongsian biodata peribadi individu dilarang sama sekali, kerana ini melanggar garis panduan kami,” kata jurucakap Carousell.



Mereka menambah bahawa tidak ada  penjualan sebenar dijalankan dan   penjualan tersebut akan dikeluarkan daripada pasaran itu  jika dikesan.



“Dalam hal ini, kami sedang membantu pihak berkuasa dalam  penyiasatan mereka,” kata jurucakap itu.



Carousell juga mengatakan  ia telah menggantung akaun itu dan menghapuskan penyenaraian tersebut.



Dalam posnya,   MOM berkata  pengiklanan pembantu rumah seperti barangan  tidak boleh diterima dan adalah satu kesalahan di bawah Akta Agensi Pekerjaan.



Sekiranya didapati bersalah, agensi pekerjaan boleh menghadapi penggantungan atau pembatalan.



“MOM mengharapkan agensi pekerjaan bertanggungjawab dan mengamalkan  kepekaan  dalam memasarkan perkhidmatan  mereka,” tambahnya.



MOM berkata juga berkata    menjalankan kegiatan  agensi pekerjaan tanpa lesen  sah adalah  satu kesalahan serius.



Pesalah boleh didenda hingga $80,000, dipenjara  hingga dua tahun, atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Sesiapa  menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pekerjaan  tidak berlesen juga boleh didenda hingga $5,000.



MOM menasihatkan orang ramai supaya  menggunakan hanya agensi pekerjaan berlesen kementerian itu,  dan  memeriksa apakah   sesebuah agensi itu didaftarkan dan sah di www.mom.gov.sg/ readirectory.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >