Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Suku pertama 2020 catat jumlah korban, kecederaan lebih rendah berbanding suku ke-4 2019

May 09, 2020 | 03:15 PM



SUKU pertama 2020 mencatatkan jumlah korban, kecederaan dan penyakit atau masalah kesihatan yang berpunca di tempat kerja lebih rendah berbanding suku terakhir 2019.



Bagaimanapun, bagi tempoh 12 bulan secara keseluruhannya, kadar kecederaan yang membawa kepada kematian meningkat. Ini disebabkan oleh lebih banyak kematian dalam masa enam bulan lalu berbanding tempoh enam bulan pertama 2019.



Ini diyatakan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam catatan di Facebook mereka hari ini.



Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, beberapa perniagaan menghadapi aktiviti yang berkurangan.



Namun begitu, kata MOM, penghantaran makanan dan logistik keperluan harian melonjak. 



"Kami menggesa firma-firma ini memantau kekerapan pekerjaan demi mengelak penghantaran terdesak, dan ini adalah demi menggalak pemandu dan penunggang motorsikal memberi tumpuan kepada keselamatan di jalan raya dan jarak selamat," kata kementerian itu.



Sedang lebih banyak tempat kerja kembali beroperasi dalam minggu-minggu mendatang, MOM dan Majlis Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja menggesa majikan dan pekerja agar kekal selamat, sihat dan waspada. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >