Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Syarikat yang kait bonus dengan jumlah cuti sakit boleh dikena tindakan mulai 2023

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



MULAI tahun depan, syarikat yang terus mempunyai skim insentif berkaitan kehadiran berdasarkan penggunaan cuti sakit pekerja boleh menghadapi "tindakan penguatkuasaan", termasuk penggantungan keistimewaan pas kerja, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, di Parlimen semalam.



"Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep) akan mendekati dan menasihati majikan yang masih meneruskan skim sedemikian supaya berhenti berbuat demikian," katanya.



"Jika mereka meneruskan amalan itu, Tafep akan menyarankan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan."



Dr Koh berkata demikian ketika menjawab soalan Parlimen oleh Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) mengenai sama ada pemerintah akan melarang syarikat daripada mengeluarkan bonus kehadiran, yang boleh menjadi penghalang kepada pekerja untuk mengambil cuti sakit apabila mereka tidak sihat.



Insentif untuk pekerja yang tidak mengambil cuti sakit mendapat tumpuan baru-baru ini selepas seorang teknisyen penghapus haiwan perosak dipenjara kerana enggan melakukan ujian Covid-19 sebab tidak mahu kehilangan insentif kerja bulanan.



"Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Keadilan di Tempat Kerja sedang membincangkan skop dan reka bentuk perundangan untuk menyertakan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) dalam undang-undang," kata Dr Koh.



"Objektif utama perundangan baru ini adalah untuk memberi kenyataan yang kukuh terhadap diskriminasi di tempat kerja dan meluaskan julat tindakan yang boleh diambil apabila diskriminasi di tempat kerja berdasarkan ciri-ciri seperti umur, kewarganegaraan atau bangsa berlaku."



Bersama rakan kongsi tiga pihak, MOM mengamalkan "pelbagai pendekatan" seperti garis panduan dan pendidikan yang berkesan dalam menangani pelbagai isu di tempat kerja, tambah Dr Koh.



"Tidak perlu bergantung pada undang-undang sebagai penyelesaian kepada setiap isu di tempat kerja."



Dr Koh juga menarik perhatian kepada respons terdahulu oleh MOM yang menjelaskan bahawa TGFEP sudah pun menghendaki majikan untuk "menilai dan memberi ganjaran kepada pekerja dalam cara yang adil dan objektif", dengan mengambil kira prestasi dan sumbangan pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >