Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM tarik balik pas kerja empat individu kerana langgar ketetapan SHN

Nov 20, 2020 | 07:25 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menarik balik pas kerja empat individu kerana melanggar ketetapan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sepanjang tiga bulan lalu.



Menurut MOM dalam kenyataan pada Jumaat (20 Oktober), empat individu ini telah meninggalkan tempat tinggal mereka tanpa sebab dan tanpa meminta izin MOM sewaktu tempoh SHN.



Dalam kalangan empat orang yang terlibat ini, tiga adalah pemegang permit kerja manakala seorang yang lain adalah pemegang pas S.



Dua pemegang pas kerja yang meninggalkan kediaman SHN mereka dikesan oleh Smartwatch yang diberi MOM.



Baki dua pemegang pas kerja yang menjalani SHN di kemudahan khusus dan tidak diperlukan memakai Smartwatch dilaporkan oleh anggota awan dan majikan.



MOM menambah sejak 1 Mei 2020, pihaknya telah menarik balik 44 pas kerja kerana kesalahan melanggar ketetapan SHN.



Kebanyakan pemegang pas kerja ini mengikuti peraturan yang ditetapkan bagi membantu orang sekeliling agar melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk Singapura.



Lantaran itu, MOM mengingatkan semua pemegang pas kerja dan majikan mereka agar mengikuti ketetapan perintah kuarantin dan SHN.



Mereka yang gagal berbuat demikian termasuk sesiapa yang mengubah dan/atau menghilangkan alat pengawasan elektronik sewaktu perintah kuarantin atau SHN boleh didakwa di bawah Undang-Undang Penyakit Berjangkit (Covid-19 - Perintah Duduk Di Rumah) 2020.



MOM akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemegang pas kerja yang tidak mematuhi ketetapan termasuk menarik balik pas kerja mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >