Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM teliti perhalusi program pertukaran kerja persiap bagi masa depan

Ini sekalipun permintaan bagi program sedemikian kian berkurang sedang ekonomi bangkit dari pandemik: Tan See Leng
Jan 15, 2022 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi program pemerintah untuk membantu golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) beralih industri semasa pertengahan kerjaya mereka akan semakin berkurangan secara bertahap, sedang bilangan pekerja yang terjejas akibat pandemik kini sudah pun mula mendapat pekerjaan dalam arus utama atau mahu meneruskan pekerjaan dalam sektor sedia ada.



Namun Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan tetap meninjau bagaimana untuk terus menerapkan program seperti Program Penukaran Kerjaya (CCP) dalam ekosistem pekerjaan secara menyeluruh agar pasaran buruh negara lebih bersedia apabila berdepan dengan krisis pada masa depan, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



"Daripada tahap krisis paling genting sehingga sekarang, kita akan dapat lihat kemerosotan secara bertahap berhubung bilangan mereka yang berjaya beralih (sektor).



"Ini kerana pastinya jika mereka dapat mencari pekerjaan dalam pasaran buruh arus utama atau mahu meneruskan pekerjaan dalam sektor sedia ada, dorongan untuk keluar atau beralih (sektor) akan berkurangan," katanya.



Menurut beliau, ini mungkin dirangsang oleh kadar pengangguran secara keseluruhan yang kian merosot, dengan beberapa sektor kembali ke paras pra-Covid-19.



Kadar pengangguran merosot kepada 2.5 peratus pada November tahun lalu berbanding 2.6 peratus pada Oktober.



Dr Tan berkata demikian kepada wartawan selepas lawatannya ke ladang setempat, Sustenir Agriculture, menyusuli pelancaran CCP dalam sektor teknologi pertanian (agritech).



Dikendalikan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Politeknik Republic (RP), program pertama sedemikian dalam sektor tersebut akan memanfaatkan 100 individu sepanjang dua tahun ini bagi membangunkan bakat setempat untuk melengkapi Pelan Hijau Singapura dan matlamat pelan pengeluaran makanan '30 by 30' iaitu menghasilkan 30 peratus keperluan makanan Singapura secara setempat menjelang 2030.



Berhubung CCP, Dr Tan berkata lebih 100 CCP telah dibangunkan dalam pelbagai sektor, sekali gus menghasilkan ribuan pekerjaan, dengan kebanyakannya merupakan pekerja pertengahan kerjaya yang beralih sektor.



Beliau menambah bahawa melakarkan CCP memerlukan sumber yang agak intensif dan memakan masa kerana perlu memenuhi pelbagai keprihatinan golongan pertengahan kerjaya.



Menurutnya, dalam menguruskan jangkaan tersebut, adalah perlu untuk setiap program CCP memberikan keyakinan kepada golongan pekerja sedemikian.



"Kita perlu memberikan jaminan kepada pekerja pertengahan kerjaya ini bahawa ada kehidupan melebihi zon keselesaan dan mereka harus keluar dan cuba membuat perubahan selain mengamalkan dan menyesuaikan diri serta terbuka dalam mendakap inovasi dan perubahan," tambah beliau.



Laporan lanjut: Sehingga 100 individu boleh alih ke sektor teknologi tani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >