Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PIAWAIAN PENGAMBILAN KERJA MOM

MOM terima 7,300 notis langkah jimat kos dari 5,000 majikan

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



HAMPIR 7,300 notifkasi diterima oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dari sekitar 5,000 majikan mengenai langkah penjimatan kos yang diambil, sehingga akhir September lalu.



Langkah-langkah menjimatkan kos itu telah menjejas gaji bulanan kira-kira 250,000 pekerja, menurut Laporan Piawaian Pengambilan Kerja 2019/2020 oleh MOM dengan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep) serta Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM).



Ini setelah MOM memperkenalkan satu tuntutan baru pada Mac lalu, berikutan kesan negatif pandemik Covid-19 ke atas perniagaan.



Tuntutan itu memerlukan majikan yang mempunyai 10 atau lebih pekerja, untuk memaklumkan MOM mengenai langkah menjimatkan kos yang dilaksanakan demi memastikan ia wajar dan adil.



Menurut seorang jurucakap MOM, majikan yang tidak mematuhi tuntutan itu boleh didakwa dengan didenda tidak melebihi $5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kededuanya.



Laporan itu berkata Tafep secara proaktif berhubungan dengan sekitar 900 majikan yang menggajikan hampir 52,000 pekerja terjejas - yang pemotongan gaji tampak berlebihan berdasarkan nasihat perikatan tiga pihak.



Hampir 330 majikan itu bersetuju untuk menyemak semula langkah-langkah mereka. Baki majikan itu pula dapat memberi alasan kukuh bagi keperluan langkah menjimatkan kos itu demi penakatan perniagaan.



MOM juga mendekati pekerja yang merasakan langkah jimat kos diambil oleh majikan mereka tidak wajar atau tidak adil.



Di antara Mei dengan Ogos lalu, MOM menerima sekitar 580 aduan berkaitan dengan langkah menjimatkan kos, yang melibat sekitar 470 majikan.



"Menerusi campur tangan MOM yang termasuk menilai keadilan langkah menjimatkan kos majikan, sebahagian besar dapat menghuraikan pertikaian mereka dengan aman.



"MOM mendapati aduan timbul kerana komunikasi yang lemah dan majikan gagal menjelaskan keperluan langkah penjimatan kos yang menyebabkan salah faham," ujar MOM.



Sehingga akhir Ogos lalu, 90 peratus majikan membuat pembayaran gaji secara elektronik kepada pekerja menetap di dormitori - satu lagi tuntutan baru oleh MOM ekoran Covid-19.



Diperkenalkan pada April lalu, tuntutan itu bertujuan untuk memastikan pekerja asing terus menerima gaji meskipun dengan sekatan pergerakan.



Perangkaan itu adalah lebih tinggi berbanding 76 peratus, sebelum ia diperkenalkan.



"Dengan meredakan langkah sekatan pergerakan, kami menjangkakan minoriti majikan yang sebelum ini tidak dapat membayar gaji secara elektronik kerana isu teknikal atau pentadbiran, akan dapat melakukan demikian secara progresif," jelas laporan itu.



Pengurus Besar TADM, Encik Kandhavel Periyasamy berkata pandemik ini telah menyebabkan kesukaran perniagaan kepada majikan.



"Dalam hal ini majikan harus menyampaikan sebarang kesukaran kewangan kepada majikan dengan berterus-terang dan secara sensitif.



"Jika memerlukan langkah menjimatkan kos, pengurusan perlu menunjukkan contoh. Ini akan membantu membina hubungan pengambilan pekerja lebih kukuh dan mengelak pertikaian," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >