Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

MOM tidak akan tetapkan tempoh waktu rehat pembantu rumah

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



MENETAPKAN tempoh masa yang tetap bagi rehat tanpa gangguan bagi pembantu rumah pada hari rehat mereka akan menimbulkan keadaan yang kurang fleksibel antara mereka dengan majikan, memandangkan isi rumah mempunyai keperluan yang berbeza-beza.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) justeru tidak merancang menetapkan tempoh rehat tanpa gangguan bagi pembantu rumah migran pada hari rehat, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Gan Siow Huang di Parlimen, semalam.



"Isi rumah yang berbeza mempunyai aturan berbeza dengan pembantu rumah migran masing-masing bergantung pada keperluan mereka," katanya.



"Apa yang lebih penting adalah majikan dan pembantu rumah migran mengekalkan komunikasi terbuka mengenai keperluan masing-masing dan mencapai satu persetujuan mengenai aturan hari rehat."



Pada Julai lalu, MOM mengumumkan pelan bagi majikan untuk memberikan pembantu rumah sekurang-kurangnya satu hari rehat secara wajib setiap bulan yang tidak boleh diganti dengan wang tunai.



"Ini bagi menawarkan pembantu rumah migran peluang untuk rehat dan kembali cerdas selain menubuhkan rangkaian sokongan di luar isi rumah," terang Cik Gan.



Dasar hari rehat yang baru itu akan dilaksanakan menjelang akhir tahun bagi memberikan "majikan sekarang dan pembantu rumah migran mereka masa untuk menyesuaikan diri", katanya.



Buat masa ini, pekerja domestik diberikan hari rehat setiap minggu.



Mereka boleh bekerja pada hari rehat tetapi perlu diberi pampasan dengan sekurang-kurangnya gaji sehari atau dibenarkan untuk menjadualkan semula hari rehat mereka dalam bulan yang sama.



Cik Gan sedang memberikan respons kepada soalan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) tentang sama ada MOM mempunyai niat menetapkan hari rehat wajib bagi pekerja domestik sebagai rehat tanpa gangguan bagi tempoh penuh 24 jam.



Majikan dan pembantu rumah yang memerlukan bantuan untuk mencapai persetujuan mengenai aturan hari rehat boleh menghubungi talian bantuan pembantu rumah migran pihak kementerian, kata Cik Gan.



Mereka juga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga yang tidak berpihak seperti agensi pembantu rumah mereka atau menimbangkan untuk memanfaatkan khidmat resolusi bebas pertikaian yang ditawarkan Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) dan Persatuan Pekerja Domestik Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast).



Cik Gan berkata MOM akan memberitahu keperluan kepada agensi pembantu rumah dan majikan.



Beliau menggesa pekerja domestik dan rangkaian sokongan serta jiran untuk melaporkan sebarang salah laku kepada pihak kementeriannya atau persatuan seperti CDE dan Fast agar bantuan dapat diberikan dengan secepat mungkin.



MOM juga menjalankan pemeriksaan secara kerap untuk memastikan pembantu rumah migran mempunyai hubungan yang baik dengan majikan mereka dan mendapat rehat yang secukupnya, tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >