Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Monyet buat gangguan di daerah Punggol

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Henry Han bekerja di kedai roti 126 Cake & Bread House terletak di estet perumahan Waterway Sunray di Punggol East. Beliau biasanya membuka kedai pada pukul tujuh pagi. Tetapi rutinnya diganggu lebih 20 ekor monyet pada pagi 11 Julai.



"Apabila saya buka kedai, monyet-monyet masuk ke dalam dan merampas empat keping roti. Saya nampak mereka kongsi roti itu antara satu sama lain," kata Encik Han.



Encik Han pun menutup gerbang gerainya, tetapi berkata ada sepuluh monyet tetap menunggu di luar kedai rotinya.



"Monyet-monyet itu menunggu sekitar sejam. Akhirnya, mereka meninggalkan kedai saya," kata Encik Han.



Encik Han antara beberapa pekerja dan penduduk di daerah Punggol East yang telah diganggu oleh monyet baru-baru ini.



Beberapa rakaman video monyet-monyet membuat 'kacau' di Punggol East telah disebarkan di media sosial.



Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi estet perumahan Waterway Sunray dan Waterway Sundew di Punggol East semalam, beberapa kedai dan penduduk juga diganggu.



Misalnya, pasar raya HAO Mart yang terletak sebelah kedai roti di Waterway Sunray.



Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Rani berkata:



"Seekor monyet telah masuk ke dalam pasar raya dan mengambil buah-buahan seperti pisang."



Sekitar 200 meter dari Waterway Sunray, pasar raya Sheng Siong di Waterway Sundew juga diserang oleh monyet pada pagi yang sama. Cik Cho Yin Wah, 57 tahun, sedang bekerja pada pagi 11 Julai bila monyet-monyet merampas barang-barang makan dari Sheng Siong Waterway Sundew yang diletakkan di kawasan luar pasar raya.



"Mereka ambil mi segera, biskut dan roti. Kami cuba menurunkan bidai untuk menghalang monyet-monyet itu daripad memasuki ke kawasan pasar raya. Kami juga mengetuk peti-peti ais dan rak-rak besi untuk menghalau monyet-monyet itu," kata Cik Cho.



Mujur, semua yang ditemui oleh BH tidak cedera akibat gangguan itu.



Dalam respons kepada pertanyaan BH, Dr Adrian Loo, pengarah kumpulan pengurusan kehidupan liar di Lembaga Taman Negara (NParks), berkata monyet-monyet tersebut besar kemungkinan berasal dari Pulau Coney.



"Kami mengamalkan pendekatan holistik dan berasaskan sains dan komuniti untuk pengurusan pertemuan manusia dan haiwan liar,



"NParks akan menjalankan pengawalan monyet di Punggol East dengan tujuan membawa monyet dari kawasan perumahan ke kawasan hutan," kata Dr Loo.



Jumlah kes melibatkan monyet di kawasan Punggol East juga tidak meningkat dari 2021 hingga 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >