MOT perjelas mesej palsu mengenai baucar pengangkutan awam di WhatsApp, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MOT perjelas mesej palsu mengenai baucar pengangkutan awam di WhatsApp

Nov 10, 2018 | 06:51 PM

MAKLUMAT palsu tentang baucar pengangkutan awam telah disebar menerusi WhatsApp, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini (10 November).

Menerusi laman Facebook mereka, MOT telah memuat naik gambar salinan mesej WhatsApp yang menyatakan:

“Kawan-kawan, tokokan Ezlink sebanyak $30 di kelab masyarakat pada Isnin, 12 November, bagi semua warga emas Singapura. Anda harus membawa kad pengenalan dan kad Ezlink anda.”

Namun, gambar itu dilabel palsu dan MOT menjelaskan dalam satu grafik bahawa baucar itu bertujuan diberi kepada keluarga berpendapatan rendah dan permohonan baginya berlangsung dari 12 November hingga 31 Oktober 2019.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan bagaimana untuk mendapatkan baucar itu menerusi surat.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Anda mempunyai masa sekitar setahun untuk memohon, tidak perlu kelam-kabut ke kelab masyarakat pada 12 November,” kata MOT.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map