Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU RUANG UDARA-LAUT SINGAPURA-MALAYSIA

MOT perjelas sebab perlu laksana ILS di utara, selatan Lapangan Terbang Seletar

Dec 14, 2018 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) Singapura perlu melaksanakan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di bahagian utara dan selatan Lapangan Terbang Seletar kerana pesawat mendarat dan berlepas ke arah angin.



Menurut MOT, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah memaklumkan rakan sejawatannya di Malaysia mengenai hal ini dalam satu mesyuarat di antara pihak berkuasa penerbangan awam antara kededua negara pada 29 November lalu.



Kenyataan MOT yang dikeluarkan malam kelmarin itu sebagai respons kepada kenyataan kementerian pengangkutan Malaysia yang menggesa Singapura supaya melaksanakan ILS di bahagian selatan Seletar, dan tidak di bahagian utara sebab akan mengadang pembinaan bangunan tinggi di Pasir Gudang.



Menjelaskan, MOT berkata:



"Di rantau ini, angin bertiup dari arah timur laut bagi setengah tahun dan arah barat daya bagi baki setengah tahun. Lantaran itu, prosedur penerbangan bagi bahagian selatan tidak boleh dengan selamat menggantikan semua prosedur penerbangan bagi arah utara."



Malaysia juga berkata pelaksanaan prosedur ILS di bahagian utara masuk ke Lapangan Terbang Seletar melanggar kedaulatan Malaysia serta piawaian dan undang-undang antarabangsa.



MOT menyangkal kenyataan itu dan menekankan ini tidak benar.



"Bagi penerbangan awam antarabangsa, penerbangan perlu merentasi ruang udara berlainan negara.



"Adalah biasa bagi prosedur penerbangan dari atau ke lapangan di sesebuah negara, khususnya yang berdekatan dengan negara lain, untuk merentasi kawasan negara jiran," jelas MOT.



Ia tidak bermakna kedaulatan negara-negara tersebut dilanggar, terang MOT. Ia juga menambah bahawa prosedur ILS bagi sesetengah lapangan terbang Malaysia juga menjangkaui kawasan negara jirannya.



Di bawah perjanjian dan aturan sekarang, Singapura antara lain diberi tanggungjawab menguruskan ruang udara selatan Johor dan ini juga merangkumi prosedur penerbangan memasuki dan keluar dari semua lapangan terbang di Singapura.



Aturan itu juga telah diluluskan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Satu perjanjian dua hala antara Malaysia dengan Singapura juga ditandatangani pada 1974 bagi mengoperasikan aturan tersebut.



Tetapi Malaysia mengumumkan minggu lalu bahawa ia mahu mengambil semula kawalan ruang udara di selatan Johor kerana prihatin tentang kedaulatan dan kepentingan negara.



Ia juga membantah penerbitan prosedur ILS bagi Lapangan Terbang Seletar oleh Singapura.



Menurut MOT, Singapura telah berunding dengan Malaysia mengenai hal itu sejak Disember 2017 berdasarkan semangat muhibah, tetapi Malaysia tidak pernah membantah terhadap profil penerbangan yang ada di Seletar, yang mematuhi prosedur ILS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >