MOT perjelas S'pura telah maklumkan prosedur penerbangan kepada M'sia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MOT perjelas S'pura telah maklumkan prosedur penerbangan kepada M'sia

Dec 12, 2018 | 10:08 PM

Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan bahawa Singapura telah memaklumkan bahawa ia mahu melaksanakan prosedur peralatan penerbangan bagi pendaratan dari arah utara dan selatan ke Lapangan Terbang Seletar dalam satu mesyuarat antara Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan Penguasa Penerbangan Awam Awam Malaysia (CAAM) pada 29 November 2018.

Menjawab pertanyaan media dalam satu kenyataan lewat malam tadi, MOT menerangkan bahawa prosedur pendaratan dari kededua arah adalah perlu kerana pesawat mendarat dan berlepas dengan mengambil kira tiupan angin.

Di rantau ini, angin bertiup dari arah timur laut bagi separuh pertama dalam setahun dan dari arah barat daya bagi separuh tahun kedua.

Oleh itu, prosedur penerbangan dari arah selatan tidak boleh menggantikan kesemua prosedur penerbangan dari arah utara dengan selamat, katanya.

CAAS telah menjelaskan kepada CAAM bahawa sebagai tambahan kepada prosedur ILS sedia ada bagi penerbangan ke Lapangan Terbang Seletar, CAAS akan turut melaksanakan prosedur peralatan penerbangan bagi penerbangan dari arah selatan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map