GEMERLAPAN FESYEN RAYA 2019
Motif batik banyak terdapat pada pakaian 'si abang'
Baju kurung dan tradisional tetap menjadi pilihan masyarakat untuk digayakan pada Hari Raya. Namun setiap tahun, pasti ada sentuhan istimewa yang membentuk trend, terutama apabila kita melihat motif atau gaya serupa menjadi pilihan popular. Berdasarkan tinjauan Berita Minggu, pilihan masyarakat hari ini dalam pakaian ialah mereka mahukan yang ringkas, santai tetapi tetap mempunyai sentuhan etnik. Dalam hal ini, batik menjadi pilihan popular. Ikuti tinjauan Berita Minggu terhadap trend pakaian untuk Hari Raya tahun ini.
May 12, 2019 | 05:30 AM
SEMENTARA baju tradisional Melayu menjadi pilihan setiap Hari Raya, setiap tahun pasti muncul trend yang menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai.
Ini termasuk pakaian untuk golongan "abang-abang".