Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MANCHESTER CITY PASUKAN PILIHAN SAYA

Motivasi kunci kejayaan City

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



PASUKAN Pep Guardiola kini sah sebagai kuasa unggul Liga Perdana England dan akan sekali lagi memberi saingan utuh bagi memburu kejuaraan.



Jika berjaya musim ini, ia merupakan kejuaraan hatrik bagi Guardiola - sekali gus menyamai rekod yang dipegang seteru dan jiran mereka, Manchester United.



Perkara ini diakui sendiri Guardiola. Dalam wawancara menjelang perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana England menentang West Ham esok (7.30 malam esok waktu Singapura), jurulatih asal Sepanyol itu berkata:



"Pasti itu matlamatnya. Untuk menandingi rekod Manchester United dan bergerak lebih dekat lagi kepada bukan hanya pencapaian tetapi status United sebagai kuasa bola sepak global."



Namun yang pasti, Manchester City tidak akan menikmati perjalanan yang mudah untuk menempah nama mereka dalam lipatan sejarah EPL.



Di atas kertas, pasukan yang dibiayai dana berbilion paun pemiliknya, Sheikh Mansour, mempunyai skuad yang bukan hanya paling berbakat di dunia, malah mempunyai tiga pemain bagi setiap posisi di padang.



Sebagai contoh, City, yang sering bermain dengan tiga pemain di tenaga penggempur mempunyai sembilan individu yang dapat bergerak di posisi itu - Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Nabil Zoubdi, Raheem Sterling, Leroy Sane, Adrian Bernabe, Bernardo Silva, Ian Poveda dan Riyad Mahrez.



Lantaran itulah tidak menghairankan pasukan tersebut menjaringkan 169 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim lalu.



Namun, kekayaan bakat sedemikian mencetuskan satu cabaran besar bagi Guardiola - bagaimana untuk mengekalkan motivasi bintang-bintang City itu apabila mereka tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama.



Selain itu, satu lagi cabaran ialah mencari pemimpin dalam pasukan yang dipenuhi bintang.



Sebelum ini, Guardiola boleh bergantung kepada kapten, Vincent Kompany.



Kompany dihormati dalam kalangan bintang City kerana beliau telah berada di kelab itu sebelum ia dibeli Sheikh Mansour tetapi Kompany, 33 tahun, telah meninggalkan City pada akhir musim lalu untuk menjadi pengurus-pemain di tanah airnya, Belgium.



Cabaran motivasi pemain City - yang setiap seorang bergelar jutawan - juga agak terserlah musim lalu.



Anak buah Guardiola itu hanya mampu mendapatkan empat mata setelah keciciran gol musim lalu, hanya Huddersfield Town sahaja mempunyai rekod lebih buruk.



Malah, sepanjang tiga musim lalu, City hanya meraih 24 mata daripada keadaan di mana mereka di belakang pasukan lawan atau losing position - paling rendah berbanding kelab-kelab 'top six' EPL



Hakikat ini seolah-olah diakui Guardiola.



Seringkali sepanjang pramusim, apabila ditanya mengenai matlamat City merakamkan hatrik piala EPL, beliau menekankan ia bergantung kepada motivasi pemain.



"Kami mempunyai pemain yang boleh melakukannya. Mereka adalah yang terbaik. Tapi lebih penting ialah motivasi mereka untuk melakukannya. Mereka harus lapar, dahaga untuk kejayaan. Kelab ini perlu meneruskan momentum untuk betul-betul mencapai taraf kelab-kelab unggul seperti Manchester United, Liverpool, Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich."



Ia menjadi semacam obsesi peminat City untuk digolongkan bersama kelab-kelab elit bola sepak dunia itu sejak revolusi yang dicetuskan dana berbilion dolar Sheikh Mansour bermula sekitar sedekad lalu.



Memenangi kejuaraan EPL ketiga mereka musim ini akan membawa City lebih dekat kepada matlamat tersebut dan bersama-sama Guardiola, mereka memiliki jurulatih terbaik dunia untuk melakukannya.




"Pasti itu matlamatnya. Untuk menandingi rekod Manchester United dan bergerak lebih dekat lagi kepada bukan hanya pencapaian tetapi status United sebagai kuasa bola sepak global... Kami mempunyai pemain yang boleh melakukannya. Mereka adalah yang terbaik. Tapi lebih penting ialah motivasi mereka untuk melakukannya. Mereka harus lapar, dahaga untuk kejayaan. Kelab ini perlu meneruskan momentum untuk betul-betul mencapai taraf kelab-kelab unggul seperti Manchester United, Liverpool, Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich."
- Pengurus Man City, Pep Guardiola.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >