Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU dimeterai bantu golongan berisiko dengan sokongan pekerjaan

May 19, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak bantuan pekerjaan akan dihulurkan untuk golongan yang berisiko di negara ini.



Ini selepas satu perjanjian persefahaman memorandum (MOU) telah ditandatangani oleh Yayasan SBF, iaitu cabang kesan sosial Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), dengan Institut Sumber Manusia Singapura (SHRI), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Tote Board.



Di bawah perjanjian itu, mereka akan bekerjasama untuk menyediakan sokongan pekerjaan menyeluruh bagi empat golongan - kumpulan yang tiada rumah; ibu bapa yang menganggur untuk jangka panjang dan penjaga kanak-kanak berisiko; mereka yang mempunyai kesihatan mental; dan wanita yang mempunyai cabaran.



Menurut kenyataan SBF, dengan matlamat bersama untuk membolehkan masyarakat perniagaan merangsang kehidupan individu berisiko dan keluarga mereka, rakan-rakan kerjasama itu akan menyumbang sumber dan kepakaran untuk membina tenaga kerja yang lebih inklusif dan berdaya tahan.



Mulai Julai ini hingga tiga tahun mendatang, Yayasan SBF bersama rakan kerjasama programnya mahu menolong 300 individu setiap tahun menerusi bantuan khusus dan wadah khas bagi menolong mereka memasuki atau melangkah semula ke pasaran kerja.



Bagi membiayai usaha jangka panjang itu, Yayasan SBF komited untuk mengumpul dana sebanyak $1 juta setiap tahun bagi Dana Daya Kerja daripada masyarakat perniagaan.



Dana berkenaan dimulakan pada 2020 dengan pendanaan awal sebanyak $800,000 daripada Yayasan SBF dan Tote Board.



Yayasan SBF berharap untuk mendekati 120 majikan yang mahu menggajikan pekerja menyertai Empower Circles bagi menolong mereka supaya lebih memahami cara untuk menyokong dan memupuk individu yang beralih daripada keadaan mencabar.



Dilancarkan pada Mac 2021, Empower Circles merupakan wadah pembelajaran rakan sebaya bagi memupuk amalan pengambilan pekerja yang progresif di kalangan masyarakat perniagaan.



Pengerusi Yayasan SBF, Encik Hsieh Fu Hua, berkata:



"Dengan mempunyai pekerjaan, ia memberikan keselamatan, pencapaian dan hala tuju dalam kehidupan.



"Yayasan SBF akur bahawa mempertingkatkan prospek pekerjaan untuk golongan pekerja yang berisiko di Singapura adalah usaha yang tidak putus, dan kami berharap untuk menggembleng para anggota masyarakat perniagaan agar menyertai kami dan rakan kerjasama kami dalam usaha ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >