Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU dimeterai tingkat sektor penerbangan

Usaha sepadu CAAS, NTUC dan e2i bagi perkukuh kedudukan S'pura sebagai hab udara global
Dec 31, 2022 | 05:30 AM



LULUSAN baru serta individu pertengahan kerjaya, kini punya peluang lebih baik untuk menyertai sektor penerbangan dalam masa terdekat.



Ini disebabkan sektor itu semakin pulih daripada pandemik Covid-19 dan republik ini kini giat membangun semula kedudukannya sebagai hab udara global.



Ini akan dicapai menyusuli langkah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Kelompok Aeroangkasa & Penerbangan (A&A) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), semalam.



MOU itu akan menyaksikan kerjasama tiga pihak untuk meningkatkan pembangunan tenaga kerja penerbangan dalam tiga bidang utama, merangkumi:



  • Menarik warga tempatan membina kerjaya dalam bidang penerbangan;

  • Menyokong usaha pengekalan pekerjaan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja bidang penerbangan; dan,

  • Menyokong kesepaduan dan kesejahteraan pekerja.

MOU semalam ditandatangani Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan; Pengerusi Bersama, Kelompok A&A NTUC, Encik Goviden Sathasivam, dan Ketua Pegawai Eksekutif e2i, Cik Caryn Lim, semasa majlis makan malam rangkaian akhir tahun Kelompok A&A NTUC.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, turut hadir.



Di bawah MOU ini, rakan kongsi tiga pihak ini akan bekerjasama untuk menggalak kerjaya dalam sektor penerbangan dan menarik lebih ramai warga Singapura termasuk mereka yang baru tamat pengajian, serta individu pertengahan kerjaya.



Dengan menarik perhatian lebih ramai orang menyertai sektor ini, mereka dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerjaan dalam bidang tradisional seperti perkhidmatan, operasi dan kejuruteraan serta bidang baru seperti kemampanan dan teknologi dan inovasi.



Selain itu, rakan kongsi tiga pihak ini juga akan terus menyokong kakitangan dalam industri tersebut tunuk meningkatkan kemahiran.



Mengulas tentang MOU ini, Encik Han berkata ia bukti komitmen bersama rakan kongsi tiga pihak kepada pembangunan tenaga kerja dan kesejahteraan dan untuk membuat usaha bersepadu agar menarik lebih ramai rakyat Singapura menyertai sektor itu pada tahun akan datang.



"Sektor penerbangan Singapura menawarkan peluang kerjaya jangka panjang yang menarik bagi warga Singapura, sedang kita bangun daripada pandemik Covid-19, bina semula hab udara dan bangunkan Terminal lima Lapangan Terbang Changi baru, yang akan selesai pertengahan 2030-an.



"Ini akan memenuhi keperluan penerbangan kami selama beberapa dekad akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >